SIARAN AKHBAR

Digital Nasional Lantik Dua Anggota baru ke Lembaga Pengarahnya

01 Jun 2021

Digital Nasional Lantik Dua Anggota baru ke Lembaga Pengarahnya

Digital Nasional Berhad (DNB), sebuah Syarikat Bertujuan Khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang membangun, memiliki dan mengoperasi infrastruktur 5G di Malaysia, hari ini mengumumkan pelantikan ahli veteran telekomunikasi Morten Lundal dan Lim Tau Kien sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuatkuasa pada 14 April 2021 dan 28 April 2021 masing-masing.

Morten Lundal

Morten Lundal
Pengarah

Lim Tau Kien

Lim Tau Kien
Pengarah

Mereka akan menyertai tiga ahli Lembaga pengarah yang lain: Datuk Seri Dr Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit atau MAMPU), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, mantan pengerusi dan ketua eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); serta peguam Datuk Muthanna Abdullah.

Dato’ Asri Hamidon, Pengerusi DNB berkata, “Bagi pihak DNB, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Encik Lundal dan Cik Lim ke lembaga pengarah DNB. Pelantikan mereka akan meningkatkan keupayaan lembaga pengarah dalam memastikan piawaian terbaik dalam tadbir urus korporat; dan gabungan pengalaman pelantikan professional ini, bersama kepimpinan Encik Ralph Marshall, dengan pengkhususan dalam pengawalseliaan dan aspek operasi telekomunikasi, kewangan awam dan pengurusan am serta perundangan, amat berharga dalam DNB membuat perancangan untuk merealisasikan matlamatnya untuk melancarkan rangkaian 5G pada akhir tahun ini.”

“Pelaksanaan 5G yang dipercepatkan di Malaysia akan menjadi pencetus utama pertumbuhan ekonomi dan transformasi digital dan amat kritikal untuk membolehkan apllikasi industri dan pengguna yang terkini. Ini akan mewujudkan daya saing dan daya tarikan industri untuk pelaburan, dengan lebih daripada 100,000 peluang pekerjaan baru untuk semua rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Morten mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dan membawa bersama pengetahuan industri telekomunikasi tempatan dan global setelah memegang jawatan utama di Telenor ASA di Oslo, Kumpulan Vodaphone plc di London, serta Maxis Berhad dan Digi di Malaysia. Lim pula membawa bersamanya pengalaman korporat melebihi 40 tahun, dan pernah memegang jawatan sebagai ketua pegawai kewangan, pengawal serta pengarah kewangan di Shell China sebelum bersara pada tahun 2008. Lim juga pernah memegang beberapa jawatan korporat utama termasuk sebagai pengarah syarikat-syarikat tersenarai dan tidak tersenarai sejak 1997.

DNB ditubuhkan sejajar dengan pengumuman rangka tindakan digital Malaysia, MyDIGITAL, oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari 2021. Pengumuman ini merupakan langkah penting dalam merealisasikan visi Kerajaan Malaysia untuk membangunkan sebuah rangkaian 5G nasional untuk mempercepatkan inisiatif pertumbuhan digital yang bertujuan untuk mempromosikan kemajuan sosioekonomi yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia.

Pelawaan tawaran untuk penyediaan pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian 5G seluruh negara telah dikeluarkan pada 7 April 2021 kepada lapan penyedia perkakasan rangkaian global (network equipment providers atau NEP), seperti diluluskan dan diberi kuasa oleh lembaga pengarah DNB. NEP-NEP ini dikenalpasti berdasarkan kriteria DNB yang jelas dan objektif, yang turut merangkumi pengalaman melaksanakan rangkaian 5G di Asia dan di peringkat antarabangsa; serta mempunyai kehadiran tempatan di Malaysia. Setelah dilantik, NEP akan memulakan kerja untuk menjayakan pelaksanaan 5G pada akhir 2021 di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Kongsi

Kongsi

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12