SIARAN AKHBAR

Kemajuan Digital Nasional Berhad Dalam Pelaksanaan Rangkaian 5g Lancar

08 Julai 2021

Kemajuan Digital Nasional Berhad Dalam Pelaksanaan Rangkaian 5g Lancar

Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai kemajuan signifikan dalam usaha pelaksanaan rangkaian and infrastruktur generasi kelima (5G) negara, bermula dengan penglibatan peserta industri termasuklah Pengendali Rangkaian Mudah Alih (Mobile Network Operators atau MNO) dan pemilik menara dan gentian telekomunikasi. Malaysia telah memulakan pelaksanaan dan penerapan 5G untuk memastikan ianya kekal relevan dan berdaya saing di rantau ini, seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan MyDIGITAL Kerajaan.

Pemuktamadan pelantikan rakan strategiknya, Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson), melengkapkan proses pemilihan yang ketat dan kompetitif yang bermula pada April lalu. DNB dan Ericsson berada di landasan yang kukuh untuk melancarkan rangkaian 5G Malaysia di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya pada Disember 2021, dengan objektif pencapaian liputan merangkumi 80% penduduk di seluruh negara menjelang 2024.

Reka bentuk, pembangunan dan penyelenggaraan Rangkaian 5G Malaysia akan diuruskan oleh Ericsson dengan anggaran jumlah RM11 bilion - sekitar RM700 juta lebih rendah dari jumlah kos pemilikan berbanding tawaran yang terdekat. Kos perkakasan rangkaian, perkhidmatan penyebaran dan penyelenggaraan serta pengurusan rangkaian berterusan pada RM4 bilion juga yang terendah. Baki kira-kira RM7 bilion akan digunakan untuk menampung kos infrastruktur rangkaian dari pihak ketiga terutamanya penyewaan menara dan gentian telekomunikasi untuk jangka masa 10 tahun.

Sumber bagi pembiayaan perkakasan rangkaian akan diatur oleh Ericsson dari institusi kewangan luar negara dan domestik sebagai sebahagian dari perjanjian untuk membekal, menyampai dan menguruskan keseluruhan rangkaian 5G.

DNB akan menjamin (“securitise”) aliran tunai masa depannya dari perniagaan borong bersama MNO melalui sukuk untuk membiayai perbelanjaaan operasi rangkaiannya dan memenuhi kewajipannya untuk membayar semula pembiaya apabila tamat tempoh. Dengan itu, tiada dana kerajaan yang diperlukan untuk pelaksanaan rangkaian 5G.

Lebih dari 60% perbelanjaan infrastruktur rangkaian akan membawa faedah secara langsung kepada pihak berkepentingan Bumiputera dalam industri telekomunikasi serta kontraktor-kontraktor Bumiputera.

Selain pelaburan dalam rangkaian, Ericsson juga komited untuk menyumbang kepada ekonomi berasaskan pengetahuan Malaysia, terutamanya bagi penciptaan pekerjaan, peningkatan pengetahun berkaitan 5G dan beberapa manfaat sosioekonomi lain yang dijangka bernilai lebih RM4 bilion sepanjang tempoh kontrak.

DNB berharap dapat bekerja sama rapat dengan semua pihak yang terlibat – kerajaan, industri, perniagaan serta Rakyat – untuk memastikan negara ini dilengkapi dengan infrastruktur 5G yang diperlukan supaya mampu menerap dan memanfaatkan ekonomi digital dalam masa terdekat.

Proses Tender DNB

Sebagai jawapan kepada persoalan dan naratif tidak tepat di media sosial, DNB ingin berkongsi proses tender yang berakhir dengan penganugerahan tender kepada Ericsson.

Proses tender DNB telah disusun oleh firma perkhidmatan professional bebas iaitu Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY Consulting) mengikut piawaisan global dan melibatkan empat (4) panel yang terdiri dari 50 orang pakar tempatan dan antarabangsa dari 10 buah negara dengan pengalaman melaksana rangkaian 5G semasa,

Proses dimulakan dengan penilaian awal empat belas (14) Penyedia Perkakasan Rangkaian (Network Equipment Providers atau NEP). Dari situ, lapan (8) telah disenarai pendek dan diundang untuk mengajukan tender. Kriteria yang dinilai semasa menyenarai pendek NEP adalah:

  • Tauliah terbukti dalam pelancaran dan pelaksanaan penyelesaian lengkap teknologi 5G yang berjaya;
  • Ketersediaan keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi pengguna dan platform;
  • Kehadiran dan ekosistem terbukti di Malaysia serta pemahaman yang kukuh mengenai persekitaran perniagaan termasuk rangkaian vendor yang sedia ada;
  • Sumber yang berasas tempatan untuk penggunaan segera; dan
  • Perancangan pemindahan pengetahuan kepada rakan sekutu tempatan yang efektif

Dari lapan (8) yang dijemput, hanya empat (4) syarikat yang mengemukakan tawaran.

Pasukan penilaian tender terdiri daripada pakar industri serta para profesional berpengalaman dari dalam dan luar. Hasil tender kemudiannya dipertimbang oleh Jawatankuasa Tender serta Lembaga Pengarah DNB. Piawaian tadbir urus yang ketat telah diterapkan sepanjang proses tender seperti yang dinasihatkan dan dimudahcara oleh EY Consulting.

Keperluan tender adalah berasaskan kriteria yang dikenal pasti dan diperhalusi melalui proses yang ketat dengan maklum balas industri mengenai keperluan bagi rangkaian 5G dan dikongsi bersama kesemua NEP yang dijemput.

Ericsson berada di kedudukan teratas dalam ketiga-tiga komponen utama dalam kriteria penilaian seperti yang berikut:

  • Teknikal: merangkumi keseluruhan keupayaan teknologi 5G, keupayaan pelaksanaan 5G, pendekatan integrasi, keselamatan rangkaian dan siber, serta operasi dan penyelenggaraan
  • Komersial: merangkumi cadangan pembiayaan dan jumlah kos pemilikan
  • Sosioekonomi: meliputi pembangunan tempatan dan impak sosio-ekonomi.

DNB berharap dapat bekerja sama rapat dengan semua pihak yang terlibat – kerajaan, industri, perniagaan serta Rakyat – untuk memastikan negara ini dilengkapi dengan infrastruktur 5G yang diperlukan supaya mampu menerap dan memanfaatkan ekonomi digital dalam masa terdekat.

Kongsi

Kongsi

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12