5G Untuk Semua:
Memacu Ekonomi Digital Malaysia

5G Untuk Semua: Memacu Ekonomi Digital Malaysia
5G Untuk Semua: Memacu Ekonomi Digital Malaysia
5G Untuk Semua: Memacu Ekonomi Digital Malaysia
5G Untuk Semua: Memacu Ekonomi Digital Malaysia
Digital Nasional Berhad (DNB) logo

Pada 19 Februari 2021, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Rangka Tindakan ini dihasilkan untuk membawa pendekatan holistik untuk meningkatkan ekonomi digital Malaysia, di mana liputan 5G telah dikenal pasti sebagai infrastruktur penting untuk menyokong aspirasi ekonomi digital negara.

Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia untuk merealisasikan potensi 5G dalam mewujudkan peluang ekonomi dan inovasi baru untuk Malaysia.

Digital Nasional Berhad (DNB), sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), kemudiannya telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara. Ia dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta) untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen yang lain.

DNB ditubuhkan untuk membantu mencapai hasil utama berikut, selaras dengan aspirasi MyDIGITAL:

  • Mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia
  • Merealisasikan potensi 5G di Malaysia untuk memacu aktiviti ekonomi
  • Merapatkan jurang digital antara desa dan bandar serta memperbaiki keadaan infrastruktur semasa
  • Mengelakkan penduaan infrastruktur dan mengoptimumkan penggunaan sumber sukar didapati
  • Menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam industri komunikasi

Pelaksanaan rangkaian 5G akan dilakukan melalui kerjasama awam-swasta untuk mengoptimumkan penggunaan aset spektrum negara supaya dapat membawa manfaat kepada rakyat, perusahaan dan kerajaan.

Perniagaan domestik dan global dengan kepakaran dan pengalaman yang terbukti dalam bidang industri telekomunikasi akan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dan pembangunan matlamat 5G nasional.

DNB akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan termasuk kerajaan, badan pengawalselia, pihak berkuasa negeri dan tempatan, penyedia perkakasan rangkaian, operator telekomunikasi, pemilik infrastruktur, serta pelbagai kumpulan pengguna yang akan mendapat manfaat daripada penggunaan produk dan perkhidmatan 5G.

DNB akan berusaha untuk menyelaraskan prinsip perniagaannya dengan pelbagai pihak berkepentingan yang telah disebutkan. Prinsip-prinsip ini termasuklah:

  • Menggunapakai model rangkaian teras berbilang pengendali (multi-operator core unit atau MOCN), selain memanfaatkan tapak dan rangkaian fiber yang sedia ada;
  • Memastikan strategi pelaksanaan berasaskan bekalan Rangkaian Borong Tunggal 5G (Single Wholesale Network atau SWN) dapat mempercepatkan liputan dan penggunaan di seluruh negara;
  • Membantu pemegang lesen SKMM mengurangkan kos melayan pelanggan melalui model SWN. Ini dilakukan dengan penggunaan spektrum yang cekap disamping dengan menghapuskan penduaan aset;
  • Menggunakan SWN 5G untuk mendorong MNO beralih dari persaingan berasaskan infrastruktur, ke arah model perniagaan yang lebih berorientasikan perkhidmatan; dan
  • Mencetus penggunaan dan inovasi aplikasi kelas perusahaan 5G, dengan mengatur ekosistem dan sistem sokongan pelbagai model yang diperlukan.

Manfaat ekonomi yang terhasil dari penggunaan 5G akan menjadi pemacu utama aspirasi ekonomi digital negara, seperti yang diperincikan di dalam Rangka Tindakan MyDIGITAL yang diumumkan pada Februari 2021.

Keseluruhan kos pelaksanaan rangkaian 5G dijangka akan menelan belanja sebanyak RM11 bilion dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Ericsson telah dilantik sebagai penyedia perkakasan rangkaian dengan kos anggaran berjumlah RM4 bilion, di mana anggaran RM2 bilion akan dibelanjakan di Malaysia melalui pembekal dan kontraktor domestik termasuk vendor Bumiputera.

Infrastruktur berkaitan yang akan memberi manfaat langsung kepada industri telekomunikasi domestik dijangka akan menelan belanja kira-kira RM7 bilion dalam tempoh 10 tahun yang sama.

RM7 bilion ini merangkumi perbelanjaan infrastruktur seperti menara, fiber telekomunikasi, kuasa elektrik dan kos lain, yang secara langsung akan memberi manfaat kepada syarikat berkaitan kerajaan, kontraktor Bumiputera dan syarikat lain yang telah melabur dalam industri telekomunikasi.

Kos pelaksanaan rangkaian 5G yang dianggarkan berjumlah RM11 bilion ini akan dibiayai melalui gabungan pembayaran tertunda kepada vendor, pembiayaan perdagangan dan modal kerja, dan program Sukuk yang akan diatur oleh industri perbankan domestik.

Transformasi digital yang dicetus oleh liputan 5G mempunyai potensi untuk menjana peningkatan KDNK sebanyak RM100 bilion dan mewujudkan 100,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.

Perkhidmatan 5G akan tersedia di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2021. Selepas itu, ia dirancang untuk sampai kepada kira-kira 40% liputan di kawasan berpenduduk negara pada akhir 2022 dan seterusnya akan diperluas ke seluruh negara untuk meliputi kawasan bandar dan desa yang lain serta taman perindustrian, dengan sasaran liputan sekitar 80% di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024. Rancangan ini sedang dimuktamadkan dan butir-butir lanjut akan dikongsi bersama setelah perancangan mendapat kelulusan SKMM.

Bersedia untuk masa depan 5G

Bersedia untuk masa depan 5G

Bersedia untuk masa depan 5G Bersedia untuk masa depan 5G

Misi

Untuk mempercepatkan penyediaan dan penggunaan 5G untuk mendokong transformasi Malaysia menjadi peneraju ekonomi digital serantau serta memupuk masyarakat yang lebih inklusif.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Asyraf: Lima sebab projek mega berimpak tinggi wajar diteruskan

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12

Kerjasama 5G Ericsson-Digital Nasional tepat pada masa, selari dengan objektif RMK12

Akses internet sebagai hak asasi manusia jadi pemacu utama KKMM dalam RMKe-12

Akses internet sebagai hak asasi manusia jadi pemacu utama KKMM dalam RMKe-12

Kemajuan Digital Nasional Berhad Dalam Pelaksanaan Rangkaian 5g Lancar

Kemajuan Digital Nasional Berhad Dalam Pelaksanaan Rangkaian 5g Lancar

Digital Nasional Berhad Sedia Melancarkan Rangkaian 5G Negara

Digital Nasional Berhad Sedia Melancarkan Rangkaian 5G Negara Menjelang Akhir 2021

Digital Nasional Lantik Dua Anggota baru ke Lembaga Pengarahnya

Digital Nasional Lantik Dua Anggota baru ke Lembaga Pengarahnya