Bilik Berita DNB

Kenyataan mengenai Perjanjian Akses 5G TM

03 March 2026

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2026 – Digital Nasional Berhad (DNB) mengambil maklum notis dan kenyataan umum Telekom Malaysia Berhad (TM) mengenai hasrat Syarikat tersebut untuk menamatkan Perjanjian Akses Rangkaian Borong 5G dengan DNB (Perjanjian Akses).

Perjanjian Akses tersebut adalah satu perjanjian jangka panjang yang mengawal selia pihak-pihak pencari akses (bagi TM, sehingga Oktober 2032) dan merangkumi syarat-syarat khusus berkaitan penamatan awal. DNB ingin menjelaskan bahawa TM tidak melaksanakan hak penamatan awal mengikut syarat-syarat khusus yang ditetapkan dalam Perjanjian Akses. Sehubungan dengan itu, DNB menolak notis TM untuk menamatkan Perjanjian Akses. Buat masa ini, Perjanjian Akses kekal sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan.

DNB akan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kepentingan syarikat serta mengekalkan hak di bawah Perjanjian Akses dan undang-undang. Kami kekal komited dalam memastikan perkhidmatan rangkaian 5G negara terus berjalan lancar, stabil, boleh dipercayai dan selamat untuk semua pihak berkepentingan serta pengguna.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

Kenyataan mengenai Perjanjian Akses 5G TM

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU