Berita dan Pandangan 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

18 November 2021

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 18 November 2021.

KUALA LUMPUR, 18 Nov  -- Penetapan harga dalam memperoleh tiga spektrum untuk pelaksanaan program rangkaian 5G di negara ini adalah melalui rundingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan menggunakan kaedah 'Tawaran Akses Rujukan' (RAO).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kaedah itu bagi memastikan harga rangkaian 5G tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna apabila ia dilaksanakan mulai Disember ini.

"Bukan DNB (Digital National Berhad) yang boleh meletakkan harga yang tinggi (kemudian) dicaj kepada MNO (Mobile Network Operator) atau MNO boleh ambil dengan harga yang boleh mereka tetapkan sendiri.

"Rundingan RAO ini sedang berjalan dan hanya setelah penentuan harga RAO ini ditetapkan barulah pelaksanaan 5G dapat dimeterai dengan kelulusan MCMC dan sehingga kini, MCMC belum memberi kelulusan kepada ketetapan harga (spektrum)," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu berapakah pendapatan kerajaan yang terlepas berbanding menggunakan option off spektrum diberi terus kepada syarikat telekomunikasi bagi peralihan rangkaian daripada 4G kepada 5G ini.

"Soal kos melepas (pendapatan) kepada kerajaan tak berbangkit, ini adalah kerana pembiayaan pelaksanaan program 5G tidak menggunakan dana kerajaan tetapi diatur oleh swasta.

"Ia juga tidak menggunakan konsep borong untuk menghalang daripada harga yang terlalu tinggi dibayar oleh pengguna tetapi digunakan cara rundingan penetapan harga (tawaran) akses rujukan,” kata Annuar.

Menjelas lanjut, beliau berkata sekiranya perolehan spektrum itu menerusi konsep lelongan, ia akan memberi kesan kepada pengguna kerana apabila lebih tinggi harga lelongan diambil maka lebih mahal caj rangkaian 5G dikenakan kepada pengguna.

"Sedangkan matlamat kerajaan nak pastikan sebolehnya walaupun 5G diperkenalkan, harga (rangkaian 5G) lebih murah daripada harga 4G. Itu sasarannya," katanya.

Selain itu, beliau berkata melalui pengenalan sistem Multi-Operator Core Network (MOCN) dalam pelaksanaan program 5G ini, Malaysia mencatatkan sebagai negara pertama di dunia dengan sistem ini dapat dikongsikan lima atau enam MNO melalui satu aparatus.

"Kebanyakan negara lain, MOCN digunakan adalah dua dan maksimum tiga operator tetapi apa didemonstrasikan kepada saya membuktikan lima atau enam operator pada satu-satu aparatus (di Malaysia).

"Ini pertama diperkenalkan DNB sebagai contoh bagaimana kos dapat direndahkan apabila Multi-Operator Core Network Integration dapat dilaksanakan apabila 5G dilancarkan," katanya.

-- BERNAMA


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS