Berita dan Pandangan 5G

Kerajaan mungkin sediakan insentif fiskal kepada syarikat telko untuk pelaksanaan 5G

24 June 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 18 Jun 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa kerajaan bersedia mempertimbangkan insentif fiskal untuk membantu syarikat telekomunikasi tempatan dalam peralihan kepada 5G. Insentif ini bertujuan untuk mengurangkan sebarang akibat komersial jangka pendek daripada menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, Tengku Zafrul berkata bahawa bantuan itu dipertimbangkan kerana bagaimana 5G boleh menyumbang kepada cita-cita digital Malaysia. Malah, 5G akan meningkatkan ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi antara sekarang dan 2030.

Menegaskan bahawa penggunaan 5G adalah kepentingan awam, Menteri Kewangan berkata bahawa kerajaan tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi syarikat telekomunikasi tempatan untuk menyertai perjanjian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB). Buat masa ini, tarikh akhir ialah pada 30 Jun 2022 dan Tengku Zaful mahu rasa mendesak itu dirasai oleh semua pihak berkepentingan.

Walau bagaimanapun, sekiranya lanjutan diperlukan, proses tersebut mungkin dilanjutkan sehingga selewat-lewatnya awal Julai 2022. Buat masa ini, kerajaan telah mengarahkan DNB dan semua syarikat telekomunikasi memenuhi tarikh akhir yang diberikan.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Wins TM Forum’s “Autonomy Accelerator” Award, Reinforcing Leadership in AI-Driven 5G Network Operations

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Focuses on Next Phase of 5G Growth and Performance Enhancement

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Accelerates Indoor 5G Coverage in Major Commercial Buildings, Boosting Network Performance and User Experience