Berita dan Pandangan 5G

Perjanjian kepentingan DNB: Keputusan dimuktamadkan tidak lama lagi

06 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Astro Awani, 31 Ogos 2022.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) bersama enam syarikat telekomunikasi (MNO) akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

DNB dalam kenyataannya pada Rabu berkata, meskipun pemeteraian perjanjian telah dibuat bersama enam syarikat pada 30 Ogos lalu, namun terdapat sedikit perubahan melibatkan keputusan pemilikan saham majoriti DNB oleh syarikat telekomunikasi sedia ada.

"Sebuah syarikat mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penglibatan dalam perjanjian ini, manakala satu lagi syarikat belum memberi sebarang respons, meskipun mereka telah membuat keputusan untuk terlibat sama.

"Sehubungan itu, semakan terhadap dokumen transaksi (Perjanjian Pemegang Saham) perlu dibuat untuk membolehkan langganan ekuiti oleh empat MNO (bukan enam), yang seterusnya memerlukan kelulusan dalaman selanjutnya daripada empat syarikat MNO," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, keempat-empat syarikat itu masih berminat untuk meneruskan pelaksanaan perjanjian berkenaan.

"Perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G sedang berjalan dengan semua enam MNO dan di bawah landasan yang berasingan dan bebas.

"DNB komited untuk memastikan rangkaian dan infrastruktur 5G akan dapat digunakan dengan segera.

"Pada masa ini, liputan 5G telah mencapai kira-kira 30 peratus kawasan berpenduduk dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran liputan 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024," ujarnya.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS