Berita dan Pandangan 5G

Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB

06 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Wiser, 31 Ogos 2022.

Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pemborong tunggal 5G di Malaysia memberitahu bahawa perbincangan dengan kesemua 6 syarikat 'telco' masih berjalan dan masing-masing diadakan secara berasingan.

Beberapa jam lalu, laporan media antarabangsa mendedahkan bahawa Maxis dan U Mobile pada saat akhir membatalkan niat menandatangani perjanjian walaupun telah mencapai persetujuan awalnya.

Salah sebuah syarikat itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan urusan manakala satu lagi pula tidak memberi maklum balas.

6 syarikat pengendali rangkaian mudah alih merujuk pada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes dan unifi.

Mengikut rancangan, 31 Ogos 2022 ialah tarikh akhir kesemua syarikat menandatangani perjanjian dengan DNB.

Disebabkan 2 syarikat telah 'mengundur diri', maka urusan hitam putih antara DNB dan syarikat telekomunikasi seperti dokumen perjanjian terpaksa disemak semula.

Jelas DNB, 4 syarikat telekomunikasi selebihnya kekal berminat manakala rundingan dengan kesemua 6 syarikat masih akan diteruskan secara berasingan.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS