Berita dan Pandangan 5G

Telco Altel tamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, pelanggan layak dapat refund kredit

07 October 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di SoyaCincau, 4 Oktober 2022.

Setelah 10 tahun pengoperasian sebagai telco, Altel hari ini mengumumkan di laman rasmi mereka yang perkhidmatan prabayar mereka ditamatkan bermula 31 Disember 2022 ini. Faktor yang dipetik sebagai puncah penutupan servis mereka adalah penstrukturan semula di bawah Kumpulan Syarikat Altel.

Sekiranya anda salah seorang pelanggan Altel, terdapat beberapa senario yang boleh anda pertimbangkan. Senario pertama adalah anda boleh memindahkan nombor Altel anda kepada operator Celcom dan kemudian membuat permohonan bayaran balik baki kredit antara 4 Oktober hingga 30 November 2022.

Senario kedua adalah pelanggan boleh menamatkan nombor Altel dan memohon bayaran balik baki kredit bermula 4 Oktober hingga 30 November 2022. Sekiranya anda memilih laluan ini, anda boleh hubungi khidmat pelanggan Altel di 1300-13-3888.

Senario ketiga adalah anda port keluar ke telco selain Celcom. Dalam kes ini, anda tidak layak untuk memohon sebarang bayaran balik kredit tapi manfaatnya adalah anda boleh menyimpan nombor ada sedia ada.

Senario keempat adalah sekiranya tiada sebarang Tindakan dilakukan di pihak pelanggan, nombor Altel akan dipindahkan secara automatik ke telco Celcom bermula 1 Disember 2022 dan pengguna tidak layak untuk memohon bayaran balik kredit.

Prosedur bayaran balik baki kredit

Sekiranya anda ingin memohon bayaran balik kredit dan berpindah ke telco Celcom, anda boleh pergi ke laman berikut https://altel.my/refund_and_number_migration/.

Seandainya senario kedua adalah pilihan anda iaitu tamatkan nombor Altel dan hanya terima bayaran balik kredit, anda boleh layari laman berikut https://altel.my/refund_and_number_termination/

Perlu diingatkan yang program Bayaran Balik Baki Kredit berlangsung sehingga 30 November 2022 dan proses pembayaran balik akan berlangsung antara 1 Disember hingga 31 Disember 2022.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS