Berita dan Pandangan 5G

Enam syarikat telekomunikasi tempatan meterai perjanjian akses 5G disediakan DNB - Tengku Zafrul

12 October 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 9 Oktober 2022.

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Kesemua enam syarikat telekomunikasi utama tempatan telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata syarikat-syarikat tersebut ialah Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM). 

“Tak lama lagi, lebih ramai rakyat Malaysia dah boleh guna perkhidmatan 5G,” katanya dalam hantaran di laman Facebook dan Instagram beliau hari ini. 

Tengku Zafrul berkata, penyediaan rangkaian 5G yang meluas ini sudah pastinya akan dapat memacu pendigitalan negara.

”Kita telah bersedia untuk mempercepat pelaksanaan 5G,” katanya. 

Sebelum ini, Maxis dan U Mobile difahamkan tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB manakala empat pengendali rangkaian operasi mudah alih yang lain iaitu Celcom Axiata, Digi, YES dan TM telah memeterai perjanjian langganan saham membabitkan 65 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Celcom Axiata dan Digi masing-masing memegang 12.5 peratus kepentingan manakala YES dan TM pula masing-masing sebanyak 20 peratus.

Baki 35 peratus akan dipegang oleh kerajaan yang juga pemegang saham khas yang memberi pelbagai hak dan kepentingan serta melibatkan aspek seperti pemilikan, penjualan atau pemindahan saham di pihak kerajaan.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS