Berita dan Pandangan 5G

Samsung Electronics capai kelajuan tertinggi untuk 5G mmWave pada jarak lebih 10km

09 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 8 November 2022.

Samsung Electronics mengumumkan bahawa ia mencapai kelajuan pemindahan yang memecahkan rekod melalui rangkaian 5G mmWave. Ujian telah dijalankan dengan kerjasama NBN Co yang merupakan sebuah syarikat sebahagian daripada pelan pelaburan AUD 750 juta (~RM2 billion) di Australia. 

NBN menggunakan pelbagai peningkatan perisian untuk mendapatkan yang terbaik dalam rangkaian 5G yang baru muncul. Samsung mencapai kelajuan muat turun melebihi 5G walaupun jauh sebanyak 10km dari sumber.

Semasa ujian lapangan, peranti mencapai kelajuan muat turun purata 1.75 Gbps dan kelajuan muat naik purata 61.5 Mbps. Kelajuan muat turun puncak adalah 2.7 Gbps pada jarak 10km dari sumber. 

Samsung dan NBN mengatakan bahawa pencapaian baharu itu merupakan langkah penting dalam pembangunan rangkaian 5G bukan sahaja di kawasan bandar yang padat tetapi juga di luar bandar. Ujian yang berjaya menunjukkan bahawa rangkaian 5G mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Wins TM Forum’s “Autonomy Accelerator” Award, Reinforcing Leadership in AI-Driven 5G Network Operations

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Focuses on Next Phase of 5G Growth and Performance Enhancement

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB Accelerates Indoor 5G Coverage in Major Commercial Buildings, Boosting Network Performance and User Experience