Berita dan Pandangan 5G

Pelanggan prabayar U Mobile kini boleh nikmati Hujung Minggu 5G Tanpa Had secara percuma

29 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 23 November 2022.

Untuk mendapatkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati sambungan 5G, U Mobile memperkenalkan Hujung Minggu 5G Tanpa Had percuma untuk pelanggan prabayarnya pada Prabayar U35 dan pelan Prabayar U40 yang baru dilancarkan.

Tawaran ini akan bermula pada tengah malam setiap hari Sabtu dan berakhir pada 11.59 malam setiap Ahad. Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan perlu menebusnya setiap minggu melalui aplikasi MyUMobile dan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G dengan peranti yang serasi.

Pelanggan yang tidak berada dalam kawasan rangkaian 5G atau tidak memiliki peranti yang serasi, masih boleh menikmati kelajuan data yang tidak terhad pada rangkaian 4G U Mobile.

Untuk pengetahuan anda, pelan Prabayar U40 yang baru dilancarkan ini berharga RM40 sebulan. Ia bukan sahaja menawarkan data dan panggilan tanpa had, tetapi ia juga menyediakan hotspot tanpa had supaya pelanggan boleh berkongsi data mereka pada berbilang peranti.

Pelanggan prabayar yang berminat untuk kelajuan tinggi tanpa had 5G juga kini boleh membeli Pelan Harian atau Mingguan 5G bermula dari hanya RM3 sehari. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Hujung Minggu 5G Tanpa Had dan semua tawaran prabayar U Mobile, anda boleh lawati laman web rasmi U Mobile di sini.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS