Enterprise 5G Benefits
IOT & Connectivity
Software Engineering
Enterprise Verticals
Blogs
02 December 2022
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 25 November 2022.
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Ericsson berharap dapat terus menyokong aspirasi kerajaan untuk merealisasikan era baharu pertumbuhan, ketersambungan dan kemakmuran bagi rakyat Malaysia menerusi komitmen dalam teknologi, pelaburan dan kepakaran.
Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro berkata sebagai peneraju teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) global yang telah berada di Malaysia selama 57 tahun, pihaknya komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan industri untuk mempercepat transformasi digital negara ini.
“Rangkaian 5G yang kami laksana bersama Digital Nasional Bhd (DNB) untuk Malaysia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, mengubah gaya hidup serta menyampaikan pendidikan dan penjagaan kesihatan terbaik dalam kelasnya, adalah antara banyak perkara lain,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berharap dengan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kestabilan jangka panjang dan dasar kerajaan akan memacu Malaysia dan ekonomi lebih maju.
Semalam, Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut kajian pengguna terbesar Ericsson, kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangka mendaftar untuk perkhidmatan rangkaian selular jalur lebar generasi kelima (5G) pada 2023.
General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my
Stay tuned for the latest news from us