Berita dan Pandangan 5G

Unifi Mobile #Bebas sudah tidak lagi bebas, ada FUP dan sekatan kelajuan

28 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di SoyaCincau 20 Disember 2022.

Pas prabayar Unifi Mobile dikenali sebagai pas #Bebas, menawarkan pelan tanpa kuota untuk internet, tiada sekatan kelajuan dan kredit tak mati. Lebih baik lagi, ia juga menyediakan kuota hotspot tanpa had, sesuatu yang sukar ditemui di pelan prabayar lain.

Hari ini, kami menerima maklumat bahawa Unifi Mobile telah mengemaskini tawaran #Bebas mereka. Semakan di laman web Unifi Mobile #Bebas menunjukkan, ada banyak perkara telah ditukar. Pendek kata, pelan prabayar ini tidak lagi bebas.

Pertama, Unifi Mobile kini mengehadkan kuota hotspot untuk semua pelan #Bebas. Pas bulanan 30 hari berharga RM35, kini ada kuota hotspot 10GB sahaja. Pas mingguan 7 hari RM12 pula, hanya ada 3GB kuota hotspot. Bagi pas harian 24 jam RM3, diberikan 1GB kuota hotstpot. Tetapi pas 2 jam RM1, tiada kuota hotspot.

Kedua, pelan prabayar #Bebas kini ada sekatan kelajuan. Penggunaan data di rangkaian 4G LTE hanya ada kelajuan internet maksima 5Mbps sahaja.

Ketiga dan paling penting, kini ada polisi penggunaan saksama atau FUP (Fair Usage Policy) untuk data 4G LTE. Pas bulanan ada FUP 100GB, manakala pas mingguan dikenakan FUP 20GB. Pas harian pula ada FUP 10GB sahaja. Apabila had FUP ini dicapai, kelajuan internet pengguna akan disekat lebih rendah kepada 512Kbps.

Tetapi ada satu pembaharuan dalam prabayar #Bebas. Pas bulanan RM35 kini datang bersama panggilan tanpa had ke semua rangkaian. SMS masih dikenakan caj setiap penggunaan. Pas mingguan dan harian masih tiada panggilan tanpa had.

Selain itu, pelanggan pas bulanan dapat menikmati kuota internet dan hotspot untuk rangkaian 5G tanpa had. Ia merupakan tawaran yang akan tamat pada 31 Disember 2022. Pelanggan perlu menebus pas 5G ini di dalam aplikasi Unifi Mobile selepas membeli pas bulanan RM35.

Sedikit sebanyak, pelan Unifi Mobile ini mirip dengan tawaran prabayar Yes FT5G Unlimited. Pelan prabayar Yes ini berharga RM30/bulan, menyediakan internet tanpa had kuota untuk 4G dan 5G. Tetapi kelajuan disekat ke 7Mbps dan kuota hotspot 9GB. Panggilan juga diberi tanpa had ke semua rangkaian.

Jika anda pengguna Unifi Mobile #Bebas, adakah anda akan kekal dengan rangkaian ini?


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS