Berita dan Pandangan 5G

4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan - Nie Ching

07 April 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Astro Awani 13 Mac 2023.

KUALA LUMPUR : Sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara setakat 28 Februari lalu, ujar Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Jelasnya, dengan jumlah tersebut, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

"Jumlah peratusan ini adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang telah diaktifkan oleh DNB, tetapi belum boleh diakses oleh pengguna kerana syarikat penyedia perkhidmatan masih dalam proses onboarding.

"(Sementara itu bagi) tapak 5G yang boleh diakses oleh pengguna sahaja, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada tahap 46.9 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

"Susulan pengumuman Perdana Menteri semasa Belanjawan 2023, peluasan peluasan pembangunan 5G diteruskan untuk mencapai 80 peratus liputan menjelang penghujung 2023," katanya semasa menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ujarnya, perkhidmatan 5G baharu ditawarkan di Malaysia dan buat masa ini, pembekal perkhidmatan mengamalkan konsep teknologi neutral, iaitu tiada perbezaan antara perkhidmatan 5G dan 4G.

Dalam masa sama, katanya berdasarkan kajian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, kadar mampu milik pakej runcit dibandingkan dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) perkapita, harga perkhidmatan mudah alih di Malaysia adalah munasabah.

"Sebagai contoh, bagi pakej asas panggilan dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi penggunaan rendah dan tinggi, Malaysia menduduki tempat ketiga di rantau Asean selepas Singapura dan Brunei," kata Nie Ching.


General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my

DNB Newsroom

Stay tuned for the latest news from us

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB, Ericsson & eMooVit Enhance Autonomous Bus Experience with 5G

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB partners Shopee and Telcos to accelerate 5G adoption amongst Malaysian Retail MSMEs

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) APPOINTS NEW MEMBERS TO ITS BOARD OF DIRECTORS