Enterprise 5G Benefits
IOT & Connectivity
Software Engineering
Enterprise Verticals
Blogs
07 April 2023
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di UKAS 23 Mac 2023.
KUALA LUMPUR: Setakat 28 Februari 2023, sebanyak 227 tapak daripada sasaran keseluruhan 587 tapak 5G telah siap dibangun oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di Sarawak.
Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ia merangkumi kawasan di Asahan, Bintulu, Kanowit, Kuching, Miri, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.
Menurutnya, bagi Sibu, sebanyak enam tapak daripada 75 tapak 5G yang dirancang telah disiapkan manakala baki 69 tapak dijangka akan disiap menjelang penghujung tahun 2023.
“Status bilangan tapak 5G di Sibu adalah seperti berikut; Bandar Sibu (19), Teku (15), Lanang (15), Kem Rascom Batu 10 (12), Sungai Merah 2 (2), Pulau Kerto (2), manakala Taman Teku Fasa 1, SK Sg Salim, Rumah Panjang, Breeding Farm Sibu, Kem Junaco Park Regimen, Rantau Panjang Industrial, Tanjung Kunyit, Roundtree Timber, Nanga Salim, Ladang Retus masing-masing satu tapak,”katanya.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew dalam persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.-Edisi UKAS
General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my
Stay tuned for the latest news from us