Enterprise 5G Benefits
IOT & Connectivity
Software Engineering
Enterprise Verticals
Blogs
21 November 2023
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Tech Nave BM, 21 November 2023.
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Tech Nave BM) -- Sony Malaysia dengan senyap telah melancarkan Xperia 5 V generasi kelima pada laman web rasminya. Ia boleh didapati dalam warna hitam di kedai atas talian Sony dengan harga RM4,999 di mana pembelian awal dari hari ini sehingga 31 Disember, akan menerima kredit RM50 untuk Touch ‘n Go e-Wallet dan fon telinga WF-1000XM5 sebagai insentif tambahan.
Xperia 5 V menampilkan paparan OLED 1080p sebesar 6.1 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, Corning Gorilla Glass Victus 2 dan penarafan kalis habuk dan air IP68. Selain dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, ia dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikroSD.
Telefon ini mempunyai konfigurasi dwi-kamera di bahagian belakang, terdiri daripada kamera utama 48MP dengan OIS dan lensa ultra-lebar 12MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 12MP.
Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W, pengecasan wayarles dan pengecasan tanpa wayar terbalik (reverse charging). Spesifikasi penting lain termasuk slot kad mikroSD, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, dwi SIM dan Bluetooth 5.3.
Untuk memudahkan anda, berikut adalah spesifikasi ringkas Sony Xperia 5 V:
Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi Sony.
General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my
Stay tuned for the latest news from us