logo

Notis Polisi

Polisi Privasi & Terma

Notis Privasi

Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) menerangkan bagaimana Digital Nasional Berhad (“DNB”) dan syarikat berkaitan atau syarikat bersekutunya (secara kolektif “kami”) memproses data peribadi yang boleh kami perolehi dari anda.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi ini. Anda juga mengesahkan bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat dan lengkap, dan tidak ada yang mengelirukan atau tidak terkini. Anda akan memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Jika anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga anda memberi persetujuan bagi pihak anda untuk terikat dengan Notis Privasi ini.

Kami boleh mengubah suai Notis Privasi ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami sepenuhnya, dan pengubahsuaian tersebut akan berkuat kuasa serta-merta apabila Notis Privasi yang telah diubah suai itu disiarkan di laman sesawang ini. Anda bersetuju untuk menyemak Notis Privasi ini dari masa ke semasa supaya anda akan dapat mengambil maklum pengubah suaian tersebut, dan anda menerima serta bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi yang telah diubah suai tersebut.

Kami komited untuk memproses data peribadi anda dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

Jenis-Jenis Data Peribadi

“Data peribadi” ditakrifkan di bawah APDP untuk bermaksud data, sama ada benar atau sebaliknya, mengenai seorang individu yang boleh dikenal pasti daripada data itu, atau daripada data itu atau maklumat lain yang mana sebuah organisasi mempunyai atau mungkin mempunyai akses.

Setakat yang anda telah memberi (atau akan memberi) data peribadi mengenai orang lain, anda mengesahkan yang anda telah menerangkan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda membuat representasi serta memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka terhadap pemprosesan data peribadi mereka mengikut Notis Privasi ini.

Data peribadi anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Maklumat anda – seperti nama, Nombor Kad Pengenalan atau nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa, alamat, alamat e-mel dan nombor untuk dihubungi (talian tetap dan/atau telefon bimbit)
  • Apa-apa maklumat lain yang boleh mengenal pasti atau membolehkan anda dikenal pasti
  • Rakaman imej anda melalui kamera litar apabila anda datang ke premis kami.

Sumber Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda seperti apabila anda berinteraksi dengan Laman Web, menghantar maklumat kepada kami, menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat, melawat pejabat kami, majlis atau mana-mana premis yang lain atau mengambil bahagian dalam mana-mana inisiatif kami yang diadakan secara dalam talian atau digital.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda

Kami boleh memproses data peribadi anda antara lain, untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif “Tujuan-tujuan”):

  • untuk tujuan penyimpanan rekod dalaman, pentadbiran, tadbir urus dan pematuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengauditan, analisis data, rekod pangkalan data, statistik, pengurusan risiko, pembelanjawanan dan pelaporan konflik kepentingan.
  • untuk memberi kepada anda maklumat yang anda mungkin mohon daripada kami dan/atau untuk berkomunikasi dengan anda
  • untuk menyelenggara, menambah baik atau meningkatkan pengalaman Laman Web pengguna
  • untuk apa-apa kewajipan kontrak yang dimeterai oleh kami
  • untuk tujuan penyiasatan, pencegahan dan pengesanan jenayah
  • untuk tujuan, atau berkaitan dengan, apa-apa prosiding undang-undang, atau untuk tujuan membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang
  • untuk apa-apa tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan kami atau dalam mana-mana perjanjian atau dasar
  • untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang berkaitan; dan/atau
  • untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau menjadi tambahan atau sebagai lanjutan kepada tujuan-tujuan di atas yang tidak disebutkan secara khusus di sini.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau di luar Malaysia) termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami seperti mereka yang memproses data peribadi bagi pihak kami;
  • agensi kerajaan atau kawal selia untuk mematuhi keperluan undang-undangi, kawal selia dan kerajaan, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang, jabatan kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  • mana-mana individu yang kepadanya kami terpaksa atau dikehendaki untuk membuat penzahiran di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada sebuah agensi yang cekap or agensi kerajaan;
  • syarikat, organisasi, dan/atau penyedia perkhidmatan yang lain untuk menjalankan mana-mana daripada Tujuan-tujuan yang dinyatakan.

Pemindahan Data Peribadi Anda ke Tempat di Luar Malaysia

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke mana-mana tempat di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemindahan ke kemudahan luar kawasan kami, kepada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi strategik kami atau pelayan dan/atau kelengkapan berkaitan, yang terletak di luar Malaysia. Anda memberi persetujuan untuk kami memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami mungkin juga memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia apabila dibenarkan oleh undang-undang.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda

Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada data peribadi anda yang ada dalam simpanan kami, atau untuk membetulkan data peribadi tersebut. Anda boleh membuat permohonan tersebut dengan menghubungi kami menggunakan butiran seperti yang dinyatakan di bawah.

Kami boleh menolak untuk tidak memenuhi permintaan anda, tetapi kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian.

Membuat Pilihan Terhadap Data Peribadi Anda

Anda boleh membuat pilihan untuk menghadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda dan data peribadi berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut, tertakluk sentiasa kepada hak kami di bawah kontrak dan/atau hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Kuki

Kuki adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang membantu anda dalam pengemudian laman web dengan menyesuaikan maklumat laman web mengikut keperluan anda. Kuki tidak akan mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti seorang pengguna tertentu. Anda boleh membuat konfigurasi terhadap pelayar anda supaya anda akan dimaklumkan tentang kuki dan untuk menghalang pemasangan kuki di dalam komputer anda.

Hubungi Kami

Anda boleh menghantar aduan, permintaan untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda, meminta untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dan/atau membuat apa-apa pertanyaan berkenaan dengan data peribadi anda dengan menghubungi melalui e-mel: my5gportal@digital-nasional.com.my..

Konflik

Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.