Glosari

Senarai Terminologi Komprehensif 5G

Singkatan: 4G/LTE

Komunikasi mudah alih generasi keempat yang berkembang daripada rangkaian 3G. 4G LTE memiliki senibina keseluruhan IP berbentuk rata dan memberikan kelajuan 2.5x-15x lebih pantas serta latensi rendah berbanding rangkaian 3G.

Singkatan: 5GC

Rangkaian tunjang 5G yang berfungsi secara keseluruhannya berasaskan rekaan perisian ‘cloud native’. Ia membolehkan kecekapan operasi, meningkatkan fleksibiliti juga ciri baru yang dipertingkatkan untuk memenuhi pasaran semasa.

Singkatan: 5G NR

Generasi kelima komunikasi mudah alih yang berkembang daripada rangkaian 4G. Bahagian frekuensi radio baru ini akan menjadi asas kepada generasi rangkaian mudah alih seterusnya dengan tujuan memberikan kelajuan sehingga 100x lebih pantas, liputan lebih meluas, juga sambungan latensi lebih rendah berbanding generasi awal.

Singkatan: AI

Kebolehan mesin untuk belajar, memproses dan menyiapkan tugasan yang pada kebiasaannya memerlukan campur tangan manusia.

Singkatan: BSS

Komponen kritikal yang secara efektif memanfaatkan kelebihan 5G menjana pendapatan. BSS membolehkan operator mudah alih menjalankan perniagaan berasaskan elemen perkhidmatan 5G, termasuk pengurusan produk, pengurusan pelanggan, hasil juga pengurusan pesanan buat pelanggan.

Singkatan: Cloud Native

Terma yang menerangkan organisasi, seni bina, dan teknologi yang memanfaatkan kemudahan’ cloud’ dengan menyokong model bisnes berorientasikan ‘cloud’ yang lebih konsisten dan lebih dipercayai. Kecekapan operasi ditingkatkan, masa juga lebih singkat digunakan untuk menawarkan perkhidmatan ke pasaran. Semua ini disebabkan perisian berasingan daripada alatan dan dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil menjadikan ianya lebih mudah dinaiktaraf dengan pantas dan automatik.

Singkatan: Core

Jantung dan otak rangkaian mudah alih, yang menyediakan sambungan internet selain menjalankan operasi asas seperti membenar dan mengesahkan akses pengguna. Rangkaian Tunjang atau ‘Core Network’ menguruskan kawasan mobiliti yang luas dan mengandungi fungsi yang diperlukan untuk mengawal peranti dalam mod ‘idle’, menyiarkan mesej kecemasan, dan menentu ukur posisi geografi peranti.

Singkatan: Edge

Pengkomputeran Era Baru atau ‘Edge Computing’ memindahkan aplikasi lebih dekat dengan pengguna untuk meningkatkan prestasi. Ia membantu mengurangkan jeda masa dengan segera apabila melibatkan AR/VR ataupun pada saat kritikal. Ini boleh dicapai dengan meletakkan platform ‘cloud’ yang diedarkan lebih jauh di dalam rangkaian radio.

Singkatan: eMBB

eMBB memenuhi permintaan trafik data yang semakin meningkat sambil memberikan pengalaman berkualiti tinggi menjangkaui pengguna. eMBB yang pertama menggunakan kes sebenar 5G. Antara kelebihan lain, eMBB membenarkan pengalaman sensori disampaikan kepada peranti, seperti sentuhan melalui peranti, realisme di dalam VR, AR dan XR juga dengan peranti yang lebih ringan tanpa sambungan kepada komputer atau komputer riba, sambungan lebih stabil dan boleh dipercayai di tempat yang sesak serta sudut dan interaksi baru bersama penonton secara langsung dan secara jarak jauh.

Singkatan: FWA

Solusi yang memberikan sambungan jalur lebar menggunakan hubungan radio antara dua titik tetap tanpa memerlukan sambungan wayar atau penyambungan secara fizikal. Ini membenarkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kapasiti tinggi dapat dibekalkan ke kawasan pedalaman yang pada kebiasaan sering ketinggalan. Seterusnya membuka peluang kepada amalan bekerja daripada rumah, penjagaan kesihatan, pendidikan, juga membenarkan pengalaman seminar yang lancar, konsultasi perubatan jarak jauh bersama pakar, juga pembelajaran dan pengajaran dalam talian yang lebih menyeronokkan.

Singkatan: IoT

Sambungan kepada peranti fizikal, kenderaan, juga peralatan yang melancarkan kemudahan, pertukaran juga penyimpanan data.

Singkatan: low-band

Jalur frekuensi radio bawah 1 GHz.

Singkatan: MS

Amalan gerak kerja rangkaian operasi, penyelenggaraan dan optimasi memastikan rangkaian keseluruhan berjalan lancar dan prestasi berada pada tahap yang tinggi.

Singkatan: mMTC

Set aplikasi yang memerlukan sambungan ke kawasan yang besar dan luas, dengan sambungan ke peranti yang lebih banyak dan besar. Sambungan ini biasanya memindahkan data yang sedikit dan tidak kritikal. Kebiasaannya untuk menyokong peranti yang banyak dalam kawasan yang sempit yang mana data hanya boleh dihantar secara sporadik, seperti penggunaan IoT. Antara kelebihan mMTC termasuk memberikan rangkaian logistik kebolehan untuk menjejak barangan secara autonomi berdasarkan keadaan semasa, penjejakan barangan individu di gudang juga pelabuhan dan meningkatkan penggunaan IoT dalam pertanian untuk penanaman tanaman dengan cekap.

Singkatan: Massive MIMO

Teknologi yang menawarkan pengendali rangkaian mudah alih mid band dan high band dengan lebar jalur lebih besar dan memberikan pengalaman 5G lebih hebat seluruh negara. Konfigurasi ‘Massive MIMO’ memiliki lebih banyak elemen antena dalam nod Rangkaian Akses Radio, jadi transmisi radio berformat rapi memberikan lebih liputan, lebih kapasiti dan kecekapan tenaga yang lebih baik ke peranti mudah alih.

Singkatan: mid-band

Jalur frekuensi radio di antara 1 dan 6 GHz.

Singkatan: mmWave

Jalur frekuensi radio di antara 1 dan 6 GHz.

Singkatan: MOCN

Rangkaian yang membenarkan beberapa pengendali mudah alih berkongsi rangkaian radio yang sama, pada masa yang sama mereka juga dibenarkan memiliki rangkaian tunjang atau ‘Core Network’ berasingan dimana setiap operator boleh memberikan perkhidmatan buat pelanggan.

Singkatan: NFVI

Perkakasan dan perisian rangkaian yang diperlukan untuk menyokong dan menyambung VNFs pada rangkaian mudah alih. NFVI membolehkan operator melaksanakan VNFs atau fungsi cloud native daripada pelbagai vendor termasuk aplikasi OSS and BSS dengan pantas sambil memastikan kos keseluruhan pemilikan adalah rendah.

Singkatan: Slicing

Metod yang membolehkan pengendali rangkaian mendedikasikan rangkaian virtual dengan fungsi spesifik untuk memberikan khidmat kepada pelanggan menerusi rangkaian biasa. Strategi efektif ini membina dan menguruskan rangkaian yang memenuhi kehendak kepelbagaian pengguna. ‘Sliced network’ boleh dicapai dengan melibatkan penukaran rangkaian kepada rangkaian set logikal di atas infrastruktur yang dikongsi. Setiap set rangkaian logikal direka untuk tujuan perniagaan dan mengandungi semua sumber rangkaian yang diperlukan untuk konfigurasi dan berhubung dari hujung ke hujung.

Singkatan: NSA

Pilihan pelancaran 5G yang berfokuskan kepada peningkatan jalur lebar mudah alih bagi menyediakan data lebar jalur lebih tinggi dan sambungan lebih dipercayai. Ini selaras dengan spesifikasi 3GPP semasa pelaksanaan awal rangkaian 5G dan peranti boleh dibawa di bawah operasi NSA. Ini merujuk kepada rangkaian 5G dibantu oleh infrastruktur 4G.

Singkatan: OSS

Sistem yang membolehkan operator mudah alih memantau, mengawal, menganalisis, mengurus, dan mengoperasikan perkhidmatan dalam rangkaian dengan cekap.

Singkatan: RAN

Infrastruktur yang menghubungkan peranti individu ke bahagian lain rangkaian menerusi sambungan radio disamping menyambungkannya kepada Rangkaian Tunjang atau ‘Core Network’ secara serentak.

Singkatan: SA

Pilihan kepenggunaan daripada iterasi liputan 5G. Rangkaian 5G SA berpasangan dengan 5G cloud-native, menyediakan tindak balas yang sangat pantas dan kadar akses data lebih tinggi yang diperlukan untuk ‘cloud gaming’, media imersif, kenderaan atau kawalan robot. Rangkaian 5G SA juga meningkatkan kapasiti dan liputan yang membolehkan Network Slicing dari hujung ke hujung dalam skala kebolehan dan peningkatan pengurusan kualiti perkhidmatan. Ini membuka peluang kepada model perniagaan baru dan meningkatkan kepenggunaan juga peluang menambah pendapatan kepada pengendali mudah alih.

Singkatan: Tactile Internet

Rangkaian yang menawarkan latensi rendah secara ekstrim dengan kombinasi ketersediaan, kebolehpercayaan juga sekuriti yang tinggi. 5G URLLC memungkinkan pengalaman fizikal lagi sensasi dihantar dari satu titik ke titik yang lain tanpa kemungkinan sebarang kelewatan. Aplikasi ini akan membolehkan interaksi manusia dengan mesin ditingkatkan bersandarkan komunikasi haptik atau taktil.

Singkatan: 3GPP

Aktiviti kolaborasi di antara organisasi standard serantau yang mapan dengan perkongsian tujuan yang sama untuk membangunkan dan mengukuhkan spesifikasi teknikal secara global. Ini memastikan pengeluar peralatan rangkaian dan pembuatan telefon bimbit dapat membangunkan produk yang boleh digunapakai di seluruh dunia.

Singkatan: Transport

Rangkaian yang menghubungkan semua nod RAN bersama Rangkaian Tunjang atau Core oleh gelombang mikro fiber sementara data trafik dibawa untuk diproses.

Singkatan: URLLC

Ciri set yang membolehkan perkhidmatan boleh dipercayai atas tugasan masa kritikal meliputi keseluruhan industri secara meluas. Aplikasi ini memiliki set syarat penghantaran data berkaitan kebolehpercayaan, ketahanan dan kepantasan perhubungan (e.g. pemindahan data dalam 50 millisecond dengan kemungkinan 99.9 peratus data diterima). Syarat yang ketat ke atas latensi dan kebolehan untuk komunikasi ketika misi kritikal seperti pembedahan jarak jauh, kenderaan automatik, internet taktil, pemantauan tanpa wayar industri pembuatan, dan proses pengeluaran.

Singkatan: VNF

Perkhidmatan yang bertanggungjawab menguruskan fungsi spesifik yang berlaku di dalam satu atau lebih mesin selain menguruskan infrastruktur alatan rangkaian termasuk, router, suis, pelayan, sistem pengkomputeran ‘cloud’, dan banyak lagi.

Singkatan: Virtualisation

Proses pengambilalihan objek fizikal menerusi pengkomputeran, seperti pelayan dan alatan rangkaian, dan ditukar kepada alternatif berasaskan perisian.