Perkhidmatan Digital Perusahaan

Memangkin 5G Perusahaan​

5G for All: Accelerating a Digital Future for Malaysia
5G for All: Accelerating a Digital Future for Malaysia

Menghasilkan Penyelesaian Masa Hadapan

5G akan menjana Perkhidmatan Digital Perusahaan generasi baharu. Digital Nasional Berhad (DNB) sedang berusaha untuk memangkin ekosistem tempatan dengan mengenal pasti penyelesaian perusahaan yang berpotensi untuk ditambah baik dengan 5G.

DNB sedang memetakan cabaran utama yang ditempuhi pelbagai industri, serta cara yang terbaik untuk menangani masalah ini menggunakan Perkhidmatan Digital Perusahaan yang didayakan 5G. Perkhidmatan Digital Perusahaan ini menangani titik kesukaran ketara yang semakin meningkat yang dihadapi oleh industri dan ia menyediakan perkhidmatan dari awal hingga akhir.

Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) akan memainkan peranan kritikal dalam membawa perkhidmatan ini kepada komuniti perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel kepada enterprise@digital-nasional.com.my

Devices

Peranti

Connectivity

Keterhubungan

Edge Compute

Pengkomputeran Edge

Cloud Compute & Storage

Pengkomputeran Awan & Stor Penyimpanan

Applications & Services (AI, ML, MV)

Applikasi & Perkhidmatan (AI, ML,MV)

System integration

Memaklumkan Pihak Pengurusan​

Inform Decision Makers + Support Decision Making

Menyokong Keputusan yang Diambil ​

arrow arrow

Aliran data dua hala

arrow arrow

1. Pelbagai peranti mengumpul data untuk pemprosesan (contohnya, video, imej, suhu, tekanan, dll)

2.4G/5G sebagai ketersambungan asas untuk menghantar jumlah data yang besar dengan latensi yang rendah

3. Pengkomputeran edge akan digunakan untuk kes penggunaan yang kritikal masa dan/atau pengkomputeran volum tinggi

4.Secara kebiasaannya, data akan dipindahkan kepada stor berasaskan-awan tunggal setiap syarikat

5. AI (ML/MV/NLP) akan digunakan untuk memberi cerapan dari data yang terkumpul dan menterjemah data kepada maklumat

6. Memberi maklumat kepada pihak pengurusan melalui pelbagai kaedah (contohnya, XR, emel, titik tetap atau set point, ucapan dll)

7. Pihak pengurusan akan membuat keputusan akhir mengenai tindakan yang perlu diambil

AI – Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence); ML – Pembelajaran Mesin (Machine Learning); MV – Penglihatan Mesin (Machine Vision); NLP – Pemprosesan Bahasa Semulajadi (Natural Language Processing); XR – Realiti Campuran (Extended Reality)


Penyelesaian Merentas Industri

Kebanyakan daripada perkhidmatan digital yang didayakan 5G di atas akan memerlukan pelbagai penyelesaian teknologi untuk memenuhi objektifnya.​ Penyelesaian ini bukan unik kepada setiap industri dan merentasi empat kategori:​ Robotik, Teknologi Boleh Pakai, Sensor dan XR.​