Jalinan
Masa Hadapan

Ceburi Ekonomi Digital Malaysia Dengan 5G

Cerita Kami
arrow down

Penerangan Mengenai 5G

Kenali 5G

5G adalah generasi teknologi selular yang terkini. Ianya bertujuan untuk menyampaikan sambungan yang lebih pantas, lebih dipercayai dengan latensi lebih rendah dari generasi sebelumnya. Ia mampu merevolusikan pengalaman harian kita serta membuka pelbagai kemungkinan tanpa sempadan.

5
4
3
2
1
G

Terkini - Realiti ditingkatkan/Realiti maya untuk pengguna dan industri Sehingga 10 Gbps

icon

2010an - Penstriman video mudah alih Sehingga 1 Gbps

icon

2000an - Pelayaran laman web mudah alih Sehingga 2 Mbps

icon

1990an - Panggilan suara mudah alih dan SMS Sehingga 64 kbps

icon

1980an - Panggilan suara mudah alih Sehingga 2 kbps

icon

Bagaimana 5G Membolehkan Pelbagai Kemungkinan untuk Masa Hadapan

10x
hingga
100x
kelajuan lebih tinggi memudahkan aktiviti memuat turun dan memuat naik data atau fail yang besar
1000x
lebih banyak sambungan berbanding 4G. Sambungan untuk sejuta peranti setiap kilometer persegi
Hubung balas sehingga
5x lebih cepat
– penghantaran dan penerimaan maklumat lebih efisien
Penggunaan tenaga sehingga
5x
lebih cekap berbanding generasi sebelumnya

5G – Perintis Landskap Baru

5G akan mendorong evolusi seterusnya dalam dunia penghubungan untuk menyampaikan penyelesaian yang baharu dan menetapkan piawaian baharu dalam rangkaian tanpa wayar.

Tingkatkan pengalaman harian anda

Mengatur langkah ke arah pengalaman yang lebih terhubung, menarik dan imersif sepenuhnya.

Ke arah masyarakat digital yang lebih inklusif

Mewujudkan akses digital yang lebih adil dan saksama untuk semua bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Transformasi Industri

Menyediakan asas bagi semua perusahaan menjadi lebih efisien, berautonomi, berdaya saing, dan inovatif.

Impak 5G terhadap Ekonomi Digital

Transformasi Ekonomi Malaysia dalam 5G

Kerajaan, Keselamatan Awam dan Kebajikan

  • Sistem pengurusan trafik
  • Dasar awam berasaskan data
  • Sekuriti pengangkutan awam
  • Sistem amaran awam
  • Tindak balas kecemasan dan pemulihan bencana
Pendidikan dalam 5G

Pendidikan

  • Kehadiran dibantu IoT
  • Pengajaran imersif secara AR/VR
  • Kehadiran atas talian holografik 3D
  • Penyimpanan bahan pembelajaran ‘cloud-based’ untuk pembelajaran ‘on demand’
Penjagaan kesihatan dalam 5G

Kesihatan

  • Pembedahan robotik jarak jauh
  • Ambulans pintar
  • Pantauan pesakit jarak jauh dan alat bolehpakai
  • Penggunaan robotik ‘cloud-based’ untuk penjagaan kesihatan dan rehabilitasi
Pelancongan dalam 5G

Pelancongan

  • Pengalaman imersif AR/VR bagi tujuan pelancongan
  • Penjejakan pergerakan 3D
  • Tindak balas kecemasan apabila berlakunya bencana
  • Akses jarak jauh untuk lokasi dan aktiviti pelancongan yang menarik
Industri Runcit dalam 5G

Industri Runcit

  • Layanan pelanggan secara imersif (AR, VR, MR)
  • Maklumat secara AR
  • Rak pintar/holografik
  • Promosi dalam kedai yang diperibadikan
  • Penjejakan inventori AR
Minyak & gas dalam 5G

Minyak dan Gas

  • Pemeriksaan jarak jauh melalui VR
  • Ramalan operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan
  • Latihan keselamatan secara VR
  • Rangkaian 5G mudah alih dan peribadi
  • Analisis data dan keselamatan digital
Pembuatan dalam 5G

Pembuatan

  • Kilang pintar
  • Penyelarasan automasi
  • Robotik AI dan autonomi
  • IoT dan sensor terjalin
  • Diagnostik aset secara AR
  • Dron di kilang bagi pengawasan semasa
Pelabuhan dalam 5G

Pelabuhan

  • Kren pengendalian jarak jauh
  • Pengawasan video pintar operasi pelabuhan
  • Penjejakan secara autonomi dan pemantauan logistik
  • Perhubungan dengan kapal tunda, kamera sekuriti, sensor
Tenaga & utiliti dalam 5G

Tenaga dan Utiliti

  • Integrasi sensor grid pintar bersama grid penjanaan dan pengedaran
  • Infra meter pintar
  • Pemantauan tapak jarak jauh
  • Kecekapan penggunaan tenaga
5G in Pertanian

Pertanian

  • Pertanian tanpa pekerja
  • Penuaian automatik
  • Pengurusan tanaman pintar
  • Platform awan pertanian

Kerajaan, Keselamatan Awam dan Kebajikan

  • Sistem pengurusan trafik
  • Dasar awam berasaskan data
  • Sekuriti pengangkutan awam
  • Sistem amaran awam
  • Tindak balas kecemasan dan pemulihan bencana

Pendidikan

  • Kehadiran dibantu IoT
  • Pengajaran imersif secara AR/VR
  • Kehadiran atas talian holografik 3D
  • Penyimpanan bahan pembelajaran ‘cloud-based’ untuk pembelajaran ‘on demand’

Kesihatan

  • Pembedahan robotik jarak jauh
  • Ambulans pintar
  • Pantauan pesakit jarak jauh dan alat bolehpakai
  • Penggunaan robotik ‘cloud-based’ untuk penjagaan kesihatan dan rehabilitasi

Pelancongan

  • Pengalaman imersif AR/VR bagi tujuan pelancongan
  • Penjejakan pergerakan 3D
  • Tindak balas kecemasan apabila berlakunya bencana
  • Akses jarak jauh untuk lokasi dan aktiviti pelancongan yang menarik

Industri Runcit

  • Layanan pelanggan secara imersif (AR, VR, MR)
  • Maklumat secara AR
  • Rak pintar/holografik
  • Promosi dalam kedai yang diperibadikan
  • Penjejakan inventori AR

Minyak dan Gas

  • Pemeriksaan jarak jauh melalui VR
  • Ramalan operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan
  • Latihan keselamatan secara VR
  • Rangkaian 5G mudah alih dan peribadi
  • Analisis data dan keselamatan digital

Pembuatan

  • Kilang pintar
  • Penyelarasan automasi
  • Robotik AI dan autonomi
  • IoT dan sensor terjalin
  • Diagnostik aset secara AR
  • Dron di kilang bagi pengawasan semasa

Pelabuhan

  • Kren pengendalian jarak jauh
  • Pengawasan video pintar operasi pelabuhan
  • Penjejakan secara autonomi dan pemantauan logistik
  • Perhubungan dengan kapal tunda, kamera sekuriti, sensor

Tenaga dan Utiliti

  • Integrasi sensor grid pintar bersama grid penjanaan dan pengedaran
  • Infra meter pintar
  • Pemantauan tapak jarak jauh
  • Kecekapan penggunaan tenaga

Pertanian

  • Pertanian tanpa pekerja
  • Penuaian automatik
  • Pengurusan tanaman pintar
  • Platform awan pertanian
image 5G in Malaysia’s Economic Transformation

Memajukan Transformasi Digital dan Ekonomi Malaysia

Memperkasa kerajaan berpandukan data

bagi memacu penggubalan dasar dan perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Memacu pembangunan sosio-ekonomik

dengan mencipta lebih 100,000 pekerjaan baharu merentas industri dan menjana sehingga RM100 bilion dalam peningkatan GDP

Soalan Lazim

Digital Nasional Berhad (DNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara. Ia dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta) untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen yang lain.

DNB ditubuhkan untuk membantu mencapai hasil utama berikut, selaras dengan aspirasi MyDigital:

  • Mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia;
  • Merealisasikan potensi 5G di Malaysia untuk memacu aktiviti ekonomi;
  • Merapatkan jurang digital antara desa dan bandar serta memperbaiki keadaan infrastruktur semasa;
  • Mengelakkan penduaan infrastruktur dan mengoptimumkan penggunaan sumber sukar didapati
  • Menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam industri telekomunikasi.

DNB akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan termasuk kerajaan, badan pengawalselia, pihak berkuasa negeri dan tempatan, penyedia perkakasan rangkaian, operator telekomunikasi, pemilik infrastruktur, serta pelbagai kumpulan pengguna yang akan mendapat manfaat dari penggunaan produk dan perkhidmatan 5G.

Pihak-pihak berkepentingan ini termasuklah Ericsson, penyedia perkakasan rangkaian (network equipment provider atau NEP), pengendali rangkaian mudah alih (mobile network operators atau MNO) dan lain-lain pemegang lessen, pemilik tapak, penyedia fiber optik, penyedia kuasa elektrik dan utiliti, serta institusi kewangan.

DNB akan melaksanakan rangkaian ke seluruh negara secara menyeluruh, seiring dengan prinsip-prinsip perniagaan berikut:

  • Menggunapakai model rangkaian teras berbilang pengendali (multi-operator core unit atau MOCN), selain memanfaatkan tapak dan rangkaian fiber yang sedia ada;
  • Melaksanakan strategi pelaksanaan berasaskan bekalan (supply-led rollout) untuk mempercepatkan liputan dan penggunaan di seluruh negara;
  • Membantu mengurangkan kos melayan pelanggan bagi pemegang lesen, didorong oleh kecekapan penggunaan spektrum dan dengan menghapuskan penduaan aset melalui model SWN;
  • Mendorong MNO dan pemegang lesen lain untuk beralih dari persaingan berasaskan infrastruktur, ke arah model perniagaan yang lebih berorientasikan perkhidmatan; dan
  • Mencetus penggunaan dan inovasi aplikasi kelas perusahaan 5G, dengan mengatur ekosistem dan sistem sokongan pelbagai model yang diperlukan.

DNB akan membolehkan tiga keupayaan utama 5G iaitu Jalur Lebar Mudah Alih yang Dipertingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB), Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communication atau mMTC) dan Komunikasi Latensi Rendah Kebolehpercayaan Tinggi (Ultra-Reliable Low-Latency Communication atau uRLLC).

Ini turut merangkumi keupayaan yang mendasari 5G seperti pembahagian rangkaian (network slicing), kecerdasan buatan/pembelajaran mesin (AI / ML), robotik serta realiti ditingkatkan dan realiti maya (AR/VR) yang akan membolehkan inovasi yang mendorong kecekapan, pengupayaan perkhidmatan dan pengalaman baru dalam pelbagai industri.

Tiga keupayaan utama 5G dijelaskan di bawah:

  • Jalur Lebar Mudah Alih yang Ditingkatkan (enhanced Mobile Broadband atau eMBB): Secara ringkasnya, penyediaan data mudah alih, tetapi pada skala yang lebih besar daripada sebelumnya. Liputan 5G akan dibina berdasarkan peningkatan kelajuan dan latensi rendah daripada 4G dan seterusnya menyampaikan kelajuan muat turun dan muat naik (downlink dan uplink) yang lebih pantas dan dengan latensi yang lebih rendah. Kelebihan ini dapat dirasai pada peranti berkemampuan 5G. eMBB membuat sebarang aktiviti berasaskan internet - sama ada mengakses aplikasi, e-mel, laman web, menonton video, dan mengemas kini perisian - jauh lebih pantas dan lancar.
  • Komunikasi latensi rendah yang sangat dipercayai (Ultra-reliable, low latency communication atau URLLC), ini ditakrifkan oleh 3GPP sebagai latensi satah pengguna tidak lebih dari 1 milisaat. URLLC membolehkan sokongan bagi kes penggunaan yang memerlukan kebolehpercayaan amat tinggi dan latensi amat rendah seperti automasi industri, pengangkutan pintar, serta diagnosis perubatan dan pembedahan jarak jauh.
  • Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communications atau mMTC): mMTC adalah mengenai membangunkan sambungan untuk peranti atau sensor kos rendah dan tenaga rendah dalam jumlah yang besar dalam konteks Internet of Things (IoT).

DNB akan turut memudahcara kerjasama dengan pihak berkepentingan industri untuk mengenal pasti vertikal utama serta mecipta bersama aplikasi unik, berdaya tahan, dan proprietari untuk segmen pengguna dan perusahaan.

Tambahan dari itu, DNB akan memudahcara pelaksanaan akses tanpa wayar tetap (fixed wireless access atau FWA) untuk menangani penyambungan penghujung, terutama untuk kawasan luar bandar dan pedalaman negara. Dengan teknologi FWA, DNB akan dapat memperluas liputan 5G ke rumah dan perniagaan di kawasan di mana penggunaan fiber tidak dapat dilaksanakan.

Ini akan meningkatkan inklusiviti digital, yang membolehkan masyarakat desa turut serta dalam memanfaatkan ekonomi digital Malaysia yang sedang berkembang.

Keseluruhan kos pelaksanaan rangkaian 5G dijangka akan menelan belanja sebanyak RM11 bilion dalam jangka masa 10 tahun yang akan datang.

Ericsson telah dilantik sebagai penyedia perkakasan rangkaian dengan kos anggaran berjumlah RM4 bilion, di mana anggaran RM2 bilion akan dibelanjakan di Malaysia melalui pembekal dan kontraktor domestik termasuk vendor Bumiputera. Infrastruktur berkaitan yang akan memberi manfaat langsung kepada industri telekomunikasi domestik dijangka akan menelan belanja kira-kira RM7 bilion dalam tempoh 10 tahun yang sama.

RM7 bilion ini merangkumi perbelanjaan infrastruktur seperti menara, fiber telekomunikasi, kuasa dan kos lain, yang secara langsung akan memberi manfaat kepada syarikat berkaitan kerajaan, kontraktor Bumiputera dan syarikat lain yang telah melabur dalam industri telekomunikasi.

Kos pelaksanaan rangkaian 5G yang dianggarkan berjumlah RM11 bilion ini akan dibiayai melalui gabungan pembayaran tertunda kepada vendor, pembiayaan perdagangan dan modal kerja, dan program Sukuk yang akan diatur oleh industri perbankan domestik.

Transformasi digital yang dicetus oleh liputan 5G mempunyai potensi untuk menjana peningkatan KDNK sebanyak RM100 bilion dan mewujudkan 100,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.

Sebagai tambahan kepada KDNK jangka panjang dan peluang pekerjaan, faedah sosioekonomi utama lain adalah termasuk:

  • Mewujudkan lebih dari 1,000 peluang pekerjaan menyokong usaha pelaksanaan rangkaian 5G
  • Memudahkan penyertaan vendor tempatan dengan melibatkan mereka dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan NEP
  • Menyemai program pembangunan pengetahuan untuk industri, kerajaan, dan ahli akademik; dan
  • Pembangunan Makmal Inovasi dan Pusat Pengalaman 5G untuk mempamerkan kes penggunaan 5G dan mempercepatkan perkembangan syarikat teknologi yang baru mula.

DNB telah mengenal pasti beberapa industri utama yang dapat menjadi penerima manfaat awal penggunaan 5G, termasuk minyak dan gas, pelabuhan, pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan, serta tenaga dan utiliti.

Perkhidmatan 5G akan tersedia di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2021. Selepas itu, ia dijangka akan menjangkau sekitar 40% liputan di kawasan berpenduduk negara pada akhir 2022 dan seterusnya akan diperluas ke seluruh negara untuk meliputi kawasan bandar dan desa yang lain serta taman perindustrian, dengan sasaran liputan sekitar 80% di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024. Rancangan ini sedang dimuktamadkan dan butir-butir lanjut akan dikongsi bersama setelah perancangan mendapat kelulusan SKMM.

Menjaga keselamatan rangkaian 5G dari ancaman keselamatan siber sangat penting untuk merealisasikan manfaat sepenuhnya kepada pengguna, organisasi, dan perusahaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sambungan 5G mesti konsisten dan boleh dipercayai.

DNB memahami risiko keselamatan siber yang signifikan serta kepentingan berlawanan dari pelbagai pelaku ancaman terhadap DNB, infrastruktur nasional yang kritikal (critical national infrastructure atau CNI) dan organisasi telekomunikasi 5G.

Dengan itu, Pejabat Keselamatan Siber diwujudkan sebagai sebahagian daripada mandat DNB untuk melaksanakan infrastruktur telekomunikasi 5G yang selamat. Pejabat Keselamatan Siber ini kritikal dalam memastikan keselamatan dan ketahanan digital organisasi, perkhidmatan yang ditawarkan dan data yang dikendalikan.

Pejabat Keselamatan Siber diberi kuasa untuk memastikan bahawa rangkaian 5G DNB mempunyai ketahanan terhadap serangan siber. Ini termasuk bukan hanya kemampuan untuk mengesan ancaman, tetapi untuk memulihkan keadaan, dan mematuhi undang-undang, peraturan, dan piawaian domestik dan antarabangsa.

Tugasan Pejabat Keselamatan Siber DNB merangkumi empat bidang fokus berikut:

  • Melindungi, Mempertahan, dan Mencegah serangan siber dalam organisasi;
  • Pantau, Kesan, dan Buru aktiviti berbahaya dan berpotensi merosakkan
  • Bertindak balas, Memulih, dan Mengekalkan operasi sekiranya berlaku kejadian yang signifikan
  • Mentadbir, Mengurus dan Mematuhi peraturan dan keperluan risiko keselamatan siber

DNB komited untuk menerapkan piawaian antarabangsa (misalnya NIST, 3GPP, GSMA) dan bekerjasama dengan bukan hanya pengawal selia, tetapi ekosistem yang lebih luas, pendidikan dalaman yang aktif, serta Pusat Operasi Keselamatan 24/7.

Pelancaran 5G akan dilaksanakan sebagai Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network atau SWN).

Secara ringkasnya, SWN 5G merujuk kepada penyediaan liputan 5G di seluruh negara, yang disampaikan melalui rangkaian bersama, di mana semua pemegang lesen SKMM di Malaysia dapat menikmati akses yang sama secara borong. Rangkaian bersama ini akan dibangun, dimiliki, dan dikendalikan oleh DNB, dengan Penyedia Perkakasan Rangkaian (Network Equipment Provider atau NEP) iaitu Ericsson. Ericsson juga bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina, dan menyelenggara rangkaian 5G di Malaysia.

Pemegang lesen yang layak akan mengintegrasikan rangkaian dan infrastruktur mereka dengan rangkaian borong tunggal baru yang ditubuhkan oleh DNB.

Pendekatan yang diambil untuk melaksanakan rangkaian 5G melalui entiti tunggal telah dibahas dan dipertimbangkan oleh industri serta SKMM sepertimana terkandung dalam laporan Pertanyaan Umum SKMM mengenai “Peruntukan jalur spektrum untuk perkhidmtan jalur lebar mudah alih di Malaysia”, yang diterbitkan pada 31 Disember 2019. Laporan tersebut bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan modal (capital expenditure atau CAPEX) dengan mengurangkan kos dan mencegah penduaan infrastruktur, terutamanya ketika penambahbaikan dan pengembangan rangkaian 4G sedang berlangsung di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Penubuhan Digital Nasional Berhad sebagai Rangkaian Borong Tunggal adalah untuk membantu menghasilkan output utama berikut selaras dengan aspirasi MyDigital, iaitu:

  • Mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia;
  • Merealisasikan potensi 5G di Malaysia untuk menjana aktiviti ekonomi;
  • Merapatkan jurang digital antara desa dan dan bandar serta memperbaiki keadaan infrastruktur semasa;
  • Mengelakkan penduaan infrastruktur dan mengoptimumkan penggunaan sumber sukar didapati;
  • Menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam industri telekomunikasi.