Notis Privasi

PDPA Consent Clause

  1. Notis Privasi Laman Web

    Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) menerangkan bagaimana Digital Nasional Berhad (“DNB”) dan syarikat berkaitan atau syarikat bersekutunya (secara kolektif “kami”) memproses data peribadi yang boleh kami perolehi dari anda termasuk semasa anda memohon pekerjaan melalui portal kerjaya DNB serta laman berkaitan DNB yang lain yang memberikan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan dengan DNB.

    Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi ini. Anda juga mengesahkan bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat dan lengkap, dan tidak ada yang mengelirukan atau tidak terkini. Anda akan memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Jika anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga anda memberi persetujuan bagi pihak anda untuk terikat dengan Notis Privasi ini.

    Kami boleh mengubah suai Notis Privasi ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami sepenuhnya, dan pengubahsuaian tersebut akan berkuat kuasa serta-merta apabila Notis Privasi yang telah diubah suai itu disiarkan di dalam laman sesawang kami (https://www.digital-nasional.com.my/ms/notis-privasi). Anda bersetuju untuk menyemak Notis Privasi ini dari masa ke semasa supaya anda akan dapat mengambil maklum pengubah suaian tersebut, dan anda menerima serta bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi yang telah diubah suai tersebut.

    Kami komited untuk memproses data peribadi anda dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

  2. Jenis-Jenis Data Peribadi

    “Data peribadi” ditakrifkan di bawah APDP untuk bermaksud data, sama ada benar atau sebaliknya, mengenai seorang individu yang boleh dikenal pasti daripada data itu, atau daripada data itu atau maklumat lain yang mana sebuah organisasi mempunyai atau mungkin mempunyai akses.

    Setakat yang anda telah memberi (atau akan memberi) data peribadi mengenai orang lain, anda mengesahkan yang anda telah menerangkan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda membuat representasi serta memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka terhadap pemprosesan data peribadi mereka mengikut Notis Privasi ini.

    Data peribadi anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

    1. Pengguna Laman Web
      • maklumat anda – seperti nama, Nombor Kad Pengenalan atau nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa, alamat, alamat e-mel dan nombor untuk dihubungi (talian tetap dan/atau telefon bimbit);
      • apa-apa maklumat lain yang boleh mengenal pasti atau membolehkan anda dikenal pasti; atau Rakaman imej anda melalui kamera litar apabila anda datang ke premis kami.
    2. Pemohon Pekerjaan
      • maklumat anda – seperti nama, Nombor Kad Pengenalan atau nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa, alamat, alamat e-mel, nombor untuk dihubungi (talian tetap dan/atau telefon bimbit), butiran rangkaian sosial, status perkahwinan dan butiran mengenai ahli keluarga dan waris anda;
      • maklumat pendidikan – seperti pendidikan menengah dan tinggi, termasuk tetapi tidak terhad kepada ijazah, sijil, transkrip, bidang pengajian, keputusan keseluruhan, dan tarikh permulaan dan akhir pendidikan, serta apa-apa kelulusan yang lain;
      • maklumat berkaitan pengambilan kerja – seperti butiran sejarah pekerjaan anda, jawatan anda, lokasi pekerjaan anda, penerangan mengenai peranan anda, tarikh pekerjaan dan tarikh akhir pekerjaan, rujukan pekerjaan, tempoh notis untuk meletakkan jawatan, butiran mengenai apa-apa sabitan jenayah yang anda isytiharkan atau pemeriksaan latar belakang jenayah (di mana berkaitan dan dibenarkan di bawah undang-undang terpakai), sejarah kebankrapan, akuan konflik kepentingan, pengisytiharan politik;
      • maklumat kewangan – seperti sejarah gaji, manfaat-manfaat lain, elaun syarikat, butiran akaun bank, nombor rujukan peribadi dengan badan kawal selia termasuk tetapi tidak terhad kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pemotongan cukai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pekerja dan caruman pekerja ke dalam dana persaraan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan;
      • data peribadi sensitif – seperti maklumat mengenai keadaan atau kesihatan fizikal dan mental anda, serta kepercayaan keagamaan anda; dan
      • apa-apa maklumat lain yang mengenal pasti anda atau menjadikan anda boleh dikenal pasti – seperti maklumat yang dikongsi dalam resume atau kurikulum vitae anda.
  3. Sumber Data Peribadi Anda

    Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada, antara lain, sumber-sumber berikut:

    1. Pengguna Laman Web

      anda – seperti apabila anda berinteraksi dengan Laman Web, menghantar maklumat kepada kami, menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat, melawat pejabat kami, majlis atau mana-mana premis yang lain atau mengambil bahagian dalam mana-mana inisiatif kami yang diadakan secara dalam talian atau digital.

    2. Pemohon Pekerjaan
      • anda – seperti apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan Laman Web, menghantar maklumat kepada kami, menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat atau memohon pekerjaan;
      • pihak ketiga atau agensi luaran – seperti perujuk anda, agensi pengambilan kerja berdaftar, institusi pendidikan atau kewangan, agensi pelaporan kredit, atau mana-mana pihak atau agensi lain untuk tujuan pengambilan kerja dan membuat penilaian terhadap mana-mana permohonan pekerjaan; dan
      • sumber-sumber lain – seperti di mana anda telah memberikan persetujuan anda atau di mana selainnya dibenarkan secara sah.
  4. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda

    Kami boleh memproses data peribadi anda antara lain, untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif “Tujuan-tujuan”):

    1. Semua Pengguna Laman Web
      • untuk tujuan penyimpanan rekod dalaman, pentadbiran, tadbir urus dan pematuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengauditan, analisis data, rekod pangkalan data, statistik, pengurusan risiko, pembelanjawanan dan pelaporan konflik kepentingan;
      • untuk memberi kepada anda maklumat yang anda mungkin mohon daripada kami dan/atau untuk berkomunikasi dengan anda;
      • untuk menyelenggara, menambah baik atau meningkatkan pengalaman Laman Web pengguna;
      • untuk apa-apa kewajipan kontrak yang dimeterai oleh kami;
      • untuk tujuan penyiasatan, pencegahan dan pengesanan jenayah;
      • untuk tujuan, atau berkaitan dengan, apa-apa prosiding undang-undang, atau untuk tujuan membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;
      • untuk apa-apa tujuan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan kami atau dalam mana-mana perjanjian atau dasar;
      • untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang berkaitan; dan
      • untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau menjadi tambahan atau sebagai lanjutan kepada tujuan-tujuan di atas yang tidak disebutkan secara khusus di sini.
    2. Pemohon Pekerjaan
      • untuk apa-apa pemeriksaan latar belakang termasuk tetapi tidak terhad kepada pemeriksaan pendidikan, pemeriksaan rekod pekerjaan yang lepas, pemeriksaan rujukan, sejarah kebankrapan dan/atau pemeriksaan latar belakang jenayah;
  5. Pendedahan Data Peribadi Anda

    Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau di luar Malaysia) termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    1. Semua Pengguna Laman Web
      • pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami seperti mereka yang memproses data peribadi bagi pihak kami;
      • agensi kerajaan atau kawal selia untuk mematuhi keperluan undang-undangi, kawal selia dan kerajaan, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang, jabatan kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
      • mana-mana individu yang kepadanya kami terpaksa atau dikehendaki untuk membuat penzahiran di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada sebuah agensi yang cekap or agensi kerajaan;
      • syarikat, organisasi, dan/atau penyedia perkhidmatan yang lain untuk menjalankan mana-mana daripada Tujuan-tujuan yang dinyatakan.
    2. Pemohon Pekerjaan
      • mana-mana agensi pelaporan kredit/pemungut hutang.
  6. Pemindahan Data Peribadi Anda ke Tempat di Luar Malaysia

    Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke mana-mana tempat di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemindahan ke kemudahan luar kawasan kami, kepada penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi strategik kami atau pelayan dan/atau kelengkapan berkaitan, yang terletak di luar Malaysia. Anda memberi persetujuan untuk kami memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami mungkin juga memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia apabila dibenarkan oleh undang-undang.

  7. Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda

    Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada data peribadi anda yang ada dalam simpanan kami, atau untuk membetulkan data peribadi tersebut. Anda boleh membuat permohonan tersebut dengan menghubungi kami menggunakan butiran seperti yang dinyatakan di bawah.

    Kami boleh menolak untuk tidak memenuhi permintaan anda, tetapi kami akan memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian.

  8. Membuat Pilihan Terhadap Data Peribadi Anda

    Anda boleh membuat pilihan untuk menghadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda dan data peribadi berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut, tertakluk sentiasa kepada hak kami di bawah kontrak dan/atau hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

  9. Akibat Kepada Tidak Memberikan Data Peribadi Anda

    Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memprosesnya bagi Tujuan-tujuan yang dinyatakan. Sekiranya anda menolak untuk memberikan data peribadi tersebut, ia mungkin, antara lain, menghalang kami daripada berkomunikasi atau meneruskan komunikasi dengan anda atau memberi kesan terhadap aspek-aspek tertentu berkaitan pengambilan kerja anda dengan kami. Anda juga diwajibkan untuk memberi data peribadi anda kepada DNB jika anda memasuki mana-mana premis kami atau menghadiri apa-apa acara kami. Jika anda tidak bersetuju untuk memberikan data peribadi tersebut, kami boleh tidak membenarkan anda masuk.

  10. Kuki

    Kuki adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang membantu anda dalam pengemudian laman web dengan menyesuaikan maklumat laman web mengikut keperluan anda. Kuki tidak akan mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti seorang pengguna tertentu. Anda boleh membuat konfigurasi terhadap pelayar anda supaya anda akan dimaklumkan tentang kuki dan untuk menghalang pemasangan kuki di dalam komputer anda.

  11. Hubungi Kami

    Anda boleh menghantar aduan, permintaan untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda, meminta untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dan/atau membuat apa-apa pertanyaan berkenaan dengan data peribadi anda dengan menghubungi melalui e-mel: info@digital-nasional.com.my.

  12. Konflik

    Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

    Klik di sini untuk versi BAHASA INGERRIS.