Jalinan
Masa Hadapan

Ceburi Ekonomi Digital Malaysia Dengan 5G

Cerita Kami

arrow down

Penerangan Mengenai 5G

Kenali 5G

5G adalah generasi teknologi selular yang terkini. Ianya bertujuan untuk menyampaikan sambungan yang lebih pantas, lebih dipercayai dengan latensi lebih rendah dari generasi sebelumnya. Ia mampu merevolusikan pengalaman harian kita serta membuka pelbagai kemungkinan tanpa sempadan.

5
4
3
2
1
G

Terkini - Realiti ditingkatkan/Realiti maya untuk pengguna dan industri Sehingga 10 Gbps

icon

2010an - Penstriman video mudah alih Sehingga 1 Gbps

icon

2000an - Pelayaran laman web mudah alih Sehingga 2 Mbps

icon

1990an - Panggilan suara mudah alih dan SMS Sehingga 64 kbps

icon

1980an - Panggilan suara mudah alih Sehingga 2 kbps

icon
 
 

Bagaimana 5G Membolehkan Pelbagai Kemungkinan untuk Masa Hadapan

10x
hingga
100x
kelajuan lebih tinggi memudahkan aktiviti memuat turun dan memuat naik data atau fail yang besar
1000x
lebih banyak sambungan berbanding 4G. Sambungan untuk sejuta peranti setiap kilometer persegi
Hubung balas sehingga
5x lebih cepat
– penghantaran dan penerimaan maklumat lebih efisien
Penggunaan tenaga sehingga
5x
lebih cekap berbanding generasi sebelumnya

5G – Perintis Landskap Baru

5G akan mendorong evolusi seterusnya dalam dunia penghubungan untuk menyampaikan penyelesaian yang baharu dan menetapkan piawaian baharu dalam rangkaian tanpa wayar.

Transformasi Industri

Menyediakan asas bagi semua perusahaan menjadi lebih efisien, berautonomi, berdaya saing, dan inovatif.

Ke arah masyarakat digital yang lebih inklusif

Mewujudkan akses digital yang lebih adil dan saksama untuk semua bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Tingkatkan pengalaman harian anda

Mengatur langkah ke arah pengalaman yang lebih terhubung, menarik dan imersif sepenuhnya.

Impak 5G terhadap Ekonomi Digital

image5G in Malaysia’s Economic Transformation

Memajukan Transformasi Digital dan Ekonomi Malaysia

Memperkasa kerajaan berpandukan data

bagi memacu penggubalan dasar dan perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Memacu pembangunan sosio-ekonomik

dengan mencipta lebih 100,000 pekerjaan baharu merentas industri dan menjana sehingga RM100 bilion dalam peningkatan GDP

Soalan Lazim

Digital Nasional Berhad (DNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara. Ia dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta) untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen yang lain.

DNB ditubuhkan untuk membantu mencapai hasil utama berikut, selaras dengan aspirasi MyDigital:

  • Mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia;
  • Merealisasikan potensi 5G di Malaysia untuk memacu aktiviti ekonomi;
  • Merapatkan jurang digital antara desa dan bandar serta memperbaiki keadaan infrastruktur semasa;
  • Mengelakkan penduaan infrastruktur dan mengoptimumkan penggunaan sumber sukar didapati
  • Menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam industri telekomunikasi.

DNB akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan termasuk kerajaan, badan pengawalselia, pihak berkuasa negeri dan tempatan, penyedia perkakasan rangkaian, operator telekomunikasi, pemilik infrastruktur, serta pelbagai kumpulan pengguna yang akan mendapat manfaat dari penggunaan produk dan perkhidmatan 5G.

Pihak-pihak berkepentingan ini termasuklah Ericsson, penyedia perkakasan rangkaian (network equipment provider atau NEP), pengendali rangkaian mudah alih (mobile network operators atau MNO) dan lain-lain pemegang lessen, pemilik tapak, penyedia fiber optik, penyedia kuasa elektrik dan utiliti, serta institusi kewangan.

DNB akan melaksanakan rangkaian ke seluruh negara secara menyeluruh, seiring dengan prinsip-prinsip perniagaan berikut:

  • Menggunapakai model rangkaian teras berbilang pengendali (multi-operator core unit atau MOCN), selain memanfaatkan tapak dan rangkaian fiber yang sedia ada;
  • Melaksanakan strategi pelaksanaan berasaskan bekalan (supply-led rollout) untuk mempercepatkan liputan dan penggunaan di seluruh negara;
  • Membantu mengurangkan kos melayan pelanggan bagi pemegang lesen, didorong oleh kecekapan penggunaan spektrum dan dengan menghapuskan penduaan aset melalui model SWN;
  • Mendorong MNO dan pemegang lesen lain untuk beralih dari persaingan berasaskan infrastruktur, ke arah model perniagaan yang lebih berorientasikan perkhidmatan; dan
  • Mencetus penggunaan dan inovasi aplikasi kelas perusahaan 5G, dengan mengatur ekosistem dan sistem sokongan pelbagai model yang diperlukan.

DNB akan membolehkan keupayaan utama 5G iaitu Jalur Lebar Mudah Alih yang Dipertingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB), Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communication atau mMTC), Komunikasi Latensi Rendah Kebolehpercayaan Tinggi (Ultra-Reliable Low-Latency Communication atau uRLLC) dan Pembahagian Rangkaian (Network Slicing).

Ini turut merangkumi keupayaan dasar 5G seperti kecerdasan buatan/pembelajaran mesin (AI/ML), robotik dan realiti ditingkatkan serta realiti maya yang akan membolehkan inovasi yang mendorong kecekapan, pengupayaan perkhidmatan dan pengalaman baru dalam pelbagai industri.

Keupayaan utama 5G dijelaskan seperti berikut:

  • Jalur Lebar Mudah Alih yang Ditingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB): Secara ringkasnya, penyediaan data mudah alih, tetapi pada skala yang lebih besar daripada sebelumnya. Liputan 5G akan dibina berdasarkan peningkatan kelajuan dan latensi rendah daripada 4G dan seterusnya menyampaikan kelajuan muat turun dan muat naik (downlink dan uplink) yang lebih pantas dan dengan latensi yang lebih rendah. Kelebihan ini dapat dirasai pada peranti berkemampuan 5G. eMBB membuat sebarang aktiviti berasaskan internet - sama ada mengakses aplikasi, e-mel, laman web, menonton video, dan mengemas kini perisian - jauh lebih pantas dan lancar.
  • Komunikasi latensi rendah yang sangat dipercayai (Ultra-reliable, low latency communication atau URLLC), ini ditakrifkan oleh 3GPP sebagai latensi satah pengguna tidak lebih dari 1 milisaat. URLLC membolehkan sokongan bagi kes penggunaan yang memerlukan kebolehpercayaan amat tinggi dan latensi amat rendah seperti automasi industri, pengangkutan pintar, serta diagnosis perubatan dan pembedahan jarak jauh.
  • Pembahagian Rangkaian membolehkan infrastruktur 5G dikongsi oleh pelbagai rangkaian logikal dengan setiap satunya disesuaikan untuk memenuhi tujuan perniagaan yang ditetapkan. Ini menghasilkan peluang pendapatan baru untuk penyedia perkhidmatan komunikasi dengan fungsi keselamatan yang lebih baik, penyampaian perkhidmatan lebih pantas dan fleksibiliti yang dipertingkatkan.

DNB akan turut memudahcara kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam industri untuk mengenal pasti vertikal utama serta mencipta bersama aplikasi unik, berdaya tahan, dan proprietari untuk segmen pengguna dan perusahaan.

Tambahan dari itu, DNB akan memudahcara pelaksanaan akses tanpa wayar tetap (fixed wireless access atau FWA) untuk menangani penyambungan penghujung, terutama untuk kawasan desa dan pedalaman negara. Dengan teknologi FWA, DNB akan dapat memperluas liputan 5G ke rumah dan perniagaan ke kawasan di mana penggunaan fiber tidak dapat dilaksanakan.

Ini akan meningkatkan inklusiviti digital, yang membolehkan masyarakat desa turut serta dalam memanfaatkan ekonomi digital Malaysia yang sedang berkembang.

Kos pelaksanaan rangkaian 5G secara keseluruhannya dijangka akan menelan belanja sebanyak RM16.5 bilion dalam jangka masa 10 tahun yang akan datang. Ini merangkumi RM12.5 bilion untuk perkakasan rangkaian dan infrastruktur 5G serta RM4 bilion dalam kos korporat.

Dari RM12.5 bilion itu, RM4 billion adalah pembayaran kepada Ericsson selaku Penyedia Perkakasan Rangkaian (Network Equipment Provider atau NEP), serta RM8.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur sepanjang 10 tahun akan datang. Manakala, dari bayaran sejumlah RM4billion kepada Ericson, dianggarkan RM2.3 bilion akan dibelanjakan di dalam negara. Dari jumlah RM8.5 bilion itu pula, sejumlah RM4 bilion dianggarkan akan disalurkan kepada pemilik tapak dan syarikat infrastrutkttur menara, RM2.5 bilion lagi diperuntukkan untuk penambahan fiber, RM1 bilion untuk penggunaan tenaga dan lagi RM1 billion dalam bentuk yuran kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tugasan radas (apparatus assignment)

Sebahagian besar daripada dana ini akan kekal berada di dalam negara dan diedarkan ke seluruh ekonomi tempatan. Malah, kebanyakan daripada dana ini akan mengalir ke ekosistem telekomunikasi tempatan.

Jumlah kos RM12.5 bilion ini jika dibandingkan, adalah lebih baik daripada anggaran kos yang diterbitkan di dalam Rangka Tindakan MyDIGITAL dan Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan pada bulan Disember 2019. Laporan Pasukan Petugas mendapati kos tambahan untuk menaiktaraf hanya satu rangkaian 4G kepad 5G di Malaysia akan menelan kos kira-kira RM7.5 bilion. Berdasarkan dari anggaran Pasukan Petugas itu, pelancaran Rangkaian 5G secara kolektif dari 4 syarikat telekomunikasi utama sedia ada berkemungkinan akan menelan belanja melebihi RM30 bilion.

Selain perbelanjaan modal (CAPEX) untuk membina Rangkaian Liputan 5G sejumlah RM12.5 bilion, perbelanjaan korporat dan operasi (OPEX) untuk menjalankan Rangkaian 5G sepanjang 10 tahun dianggarkan pada RM4 bilion, Ini merangkumi, antara lain, kos kakitangan, yuran profesional, perbelanjaan pusat data, perlindungan insurans juga perbelanjaan pemasaran dan promosi. Ini membawa kos pelancaran rangkaian dan infrastrutktur 5G kepada RM16.5 bilion sepanjang 10 tahun akan datang.

Transformasi digital yang dimangkin oleh liputan 5G akan mewujudkan potensi peningkatan KDNK sebanyak lebih kurang RM150 bilion serta penambahan 750,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.

Tambahan kepada KDNK jangka panjang dan peluang pekerjaan, manfaat sosio ekonomi yang lain termasuk:

  • Membolehkan penghasilan lebih daripada 14,800 pekerjaan merentas ekonomi pada 2022 melalui pelaburan DNB dan peningkatan permintaan ke atas rantaian bekalan sektor
  • Memudahcara penyertaan vendor tempatan dengan melibatkan mereka dalam pembekalan pellbagai perkhidmatan berkaitan-NEP
  • Melanjutkan program pembangunan pengetahuan untuk industri, kerajaan dan akademia
  • Membangunkan Pusat Pengalaman 5G dan Makmal Inovasi untuk mempamerkan kes-kes penggunaan 5G dan mempercepatkan pembangunan syarikat permulaan teknologi

Beberapa industri utama telah dikenal pasti oleh DNB sebagai pengguna awal 5G seperti minyak and gas, pelabuhan, pelancongan, pendidikan, penjagaan, kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan, serta tenaga dan utiliti.

Perkhidmatan 5G akan tersedia di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2021. Selepas itu, ia dijangka akan menjangkau sekitar 40% liputan di kawasan berpenduduk negara pada akhir 2022 dan seterusnya akan diperluas ke seluruh negara untuk meliputi kawasan bandar dan desa yang lain serta taman perindustrian, dengan sasaran liputan sekitar 80% di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024. Rancangan ini sedang dimuktamadkan dan butir-butir lanjut akan dikongsi bersama setelah perancangan mendapat kelulusan SKMM.

Menjaga keselamatan rangkaian 5G dari ancaman keselamatan siber sangat penting untuk merealisasikan manfaat sepenuhnya kepada pengguna, organisasi, dan perusahaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sambungan 5G mesti konsisten dan boleh dipercayai.

DNB memahami risiko keselamatan siber yang signifikan serta kepentingan berlawanan dari pelbagai pelaku ancaman terhadap DNB, infrastruktur nasional yang kritikal (critical national infrastructure atau CNI) dan organisasi telekomunikasi 5G.

Dengan itu, Pejabat Keselamatan Siber diwujudkan sebagai sebahagian daripada mandat DNB untuk melaksanakan infrastruktur telekomunikasi 5G yang selamat. Pejabat Keselamatan Siber ini kritikal dalam memastikan keselamatan dan ketahanan digital organisasi, perkhidmatan yang ditawarkan dan data yang dikendalikan.

Pejabat Keselamatan Siber diberi kuasa untuk memastikan bahawa rangkaian 5G DNB mempunyai ketahanan terhadap serangan siber. Ini termasuk bukan hanya kemampuan untuk mengesan ancaman, tetapi untuk memulihkan keadaan, dan mematuhi undang-undang, peraturan, dan piawaian domestik dan antarabangsa.

Tugasan Pejabat Keselamatan Siber DNB merangkumi empat bidang fokus berikut:

  • Melindungi, Mempertahan, dan Mencegah serangan siber dalam organisasi;
  • Pantau, Kesan, dan Buru aktiviti berbahaya dan berpotensi merosakkan
  • Bertindak balas, Memulih, dan Mengekalkan operasi sekiranya berlaku kejadian yang signifikan
  • Mentadbir, Mengurus dan Mematuhi peraturan dan keperluan risiko keselamatan siber

DNB komited untuk menerapkan piawaian antarabangsa (misalnya NIST, 3GPP, GSMA) dan bekerjasama dengan bukan hanya pengawal selia, tetapi ekosistem yang lebih luas, pendidikan dalaman yang aktif, serta Pusat Operasi Keselamatan 24/7.

Jumlah kos pelancaran 5G akan dibiayai secara eksklusif oleh sektor swasta, tanpa melibatkan pembiayaan Kerajaan atau perbelanjaan pembangunan.

Pada 12 November 2021, DNB telah mengumumkan pakej pembiayaan modal kerja sehingga RM400 juta yang didapati dari Deutsche Bank.  Ianya adalah talian jaminan bank RM150 juta, yang akan diterbitkan oleh Deutsche Bank AG, cawangan Labuan, dan RM250 juta kemudahan kredit pusingan yang akan di lanjutkan oleh Deutsche Bank (Malaysia) Berhad tanpa cagaran.

Kemudahan ini akan memberi DNB akses kepada pembiayaan jangka pendek untuk keperluan modal kerja, terutamanya untuk menyokong operasi harian syarikat serta perbelanjaan modal.

Pakej pembiayaan RM400 juta itu juga merupakan sebahagian dari anggaran RM5 bilion jumlah kemudahan modal kerja yang diperlukan oleh DNB antara sekarang hingga 2024 untuk memastikan pelancaran rangkaian 5G berlaku seperti yang dirancang.

Pada Oktober 2021, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd telah membuat pengumuman tentang pembiayaan tahap pertama dalam bentuk perjanjian pembelian penghutang (receivables purchase arrangement atau RPA) bernilai RM800 juta kepada Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd.

Ericsson Malaysia akan menyampaikan fasa awal pelancaran rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) ke seluruh negara dengan pembiayaan ini,.

UOB Malaysia juga telah diberi mandat sebagai pengurus utama untuk menambah RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion untuk insititusi kewangan lain.

Selepas penerimaan RPA bersindiket oleh insitusi kewangan, sejumlah RM3.1 bilion akan dikumpul untuk menyokong pembekalan, penghantaran dan pengurusan keseluruhan rangkaain 5G DNB.

DNB bercadang untuk menerbitkan program Sukuk bernilai RM5 bilion pada tahun 2022, yang bertujuan untuk menggantikan kemudahan modal kerja dan  memudahkan pembayaran RPA.

Pengumuman akan dibuat apabila setiap aras kejayaan ini berjaya dicapai.
 

Pelancaran 5G akan dilaksanakan sebagai Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network atau SWN).

Secara ringkasnya, SWN 5G merujuk kepada penyediaan liputan 5G di seluruh negara, yang disampaikan melalui rangkaian bersama, di mana semua pemegang lesen SKMM di Malaysia dapat menikmati akses yang sama secara borong. Rangkaian bersama ini akan dibangun, dimiliki, dan dikendalikan oleh DNB, dengan Penyedia Perkakasan Rangkaian (Network Equipment Provider atau NEP) iaitu Ericsson. Ericsson juga bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina, dan menyelenggara rangkaian 5G di Malaysia.

Pemegang lesen yang layak akan mengintegrasikan rangkaian dan infrastruktur mereka dengan rangkaian borong tunggal baru yang ditubuhkan oleh DNB.

Pendekatan yang diambil untuk melaksanakan rangkaian 5G melalui entiti tunggal telah dibahas dan dipertimbangkan oleh industri serta SKMM sepertimana terkandung dalam laporan Pertanyaan Umum SKMM mengenai “Peruntukan jalur spektrum untuk perkhidmtan jalur lebar mudah alih di Malaysia”, yang diterbitkan pada 31 Disember 2019. Laporan tersebut bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan modal (capital expenditure atau CAPEX) dengan mengurangkan kos dan mencegah penduaan infrastruktur, terutamanya ketika penambahbaikan dan pengembangan rangkaian 4G sedang berlangsung di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Penubuhan Digital Nasional Berhad sebagai Rangkaian Borong Tunggal adalah untuk membantu menghasilkan output utama berikut selaras dengan aspirasi MyDigital, iaitu:

  • Mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia;
  • Merealisasikan potensi 5G di Malaysia untuk menjana aktiviti ekonomi;
  • Merapatkan jurang digital antara desa dan dan bandar serta memperbaiki keadaan infrastruktur semasa;
  • Mengelakkan penduaan infrastruktur dan mengoptimumkan penggunaan sumber sukar didapati;
  • Menggalakkan persaingan berasaskan perkhidmatan dalam industri telekomunikasi.

Rangkaian 5G akan dilancarkan menggunakan seni bina Rangkaian Teras Pelbagai Operator (Multi-Operator Core Network atau MOCN)

MOCN beroperasi berdasarkan perkongsian kedua-dua infrastruktur rangkaian dan sumber spektrum yang berharga.

Ia memastikan perkhidmatan 5G disambung kepada syarikat telekomunikasi pada kadar lebih rendah bagi setiap GB daripada kadar 4G standard sekarang. Hasilnya, pengguna akan mendapat akses kepada kelajuan internet yang tersangat pantas, berkualiti tinggi dan mampu milik.

Ini adalah selaras dengan mandat Kerajaan untuk mempercapatkan pelancaran 5G, dan menyediakannya ke seluruh Malaysia untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan desa.

Sebagai strategi pelancaran yang makin kerap dilakukan, model MOCN adalah piawaian telekomunikasi yang ditakrif oleh 3GPP, yang membenarkan satu rangkaian atau Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network atau RAN) (seperti yang dilakukan oleh DNB) dikongsi dan disambungkan kepada rangkaian teras pelbagai syarikat telekomunikasi.

Menggunakan analogi, kerajaan dulu telah memperuntukkan lorong individu (spektrum) kepada setiap syarikat telekomunikasi.  Berdasarkan lorong yang diperuntukkan oleh kerajaan, syarikat telekomunikasi kemudiannya akan membina lebuh raya mereka sendiri (rangkaian dan infrastruktur) untuk pengguna mereka.

Walau bagaimanapun, dengan permintaan data dalam negara yang meningkat tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap satu lebuhraya ini terdedah kepada kesesakan.  Akan tetapi, pengguna di satu lebuhraya tidak boleh melalui lebuhraya lain yang kurang sesak.

Untuk 5G, SKMM telah menyediakan lorong  (spektrum 5G) kepada DNB, yang membolehkan pembinaan satu ‘lebuhraya besar’ yang lancar dan selamat.  Dengan lebuhraya besar ini, pada puncak kesibukan, pelanggan boleh merentasi semua lorong di lebuhraya milik DNB.

Sebagai strategi pelancaran yang makin kerap dilakukan, model MOCN adalah piawaian telekomunikasi yang ditakrif oleh 3GPP, yang membenarkan satu rangkaian atau Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network atau RAN) (seperti yang dilakukan oleh DNB) dikongsi dan disambungkan kepada rangkaian teras pelbagai syarikat telekomunikasi.

Menggunakan analogi, kerajaan dulu telah memperuntukkan lorong individu (spektrum) kepada setiap syarikat telekomunikasi.  Berdasarkan lorong yang diperuntukkan oleh kerajaan, syarikat telekomunikasi kemudiannya akan membina lebuh raya mereka sendiri (rangkaian dan infrastruktur) untuk pengguna mereka.

Walau bagaimanapun, dengan permintaan data dalam negara yang meningkat tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap satu lebuhraya ini terdedah kepada kesesakan.  Akan tetapi, pengguna di satu lebuhraya tidak boleh melalui lebuhraya lain yang kurang sesak.

Untuk 5G, SKMM telah menyediakan lorong  (spektrum 5G) kepada DNB, yang membolehkan pembinaan satu ‘lebuhraya besar’ yang lancar dan selamat.  Dengan lebuhraya besar ini, pada puncak kesibukan, pelanggan boleh merentasi semua lorong di lebuhraya milik DNB.

Dengan lebuhraya besar 5G ini, pelancaran 5G akan menggunakan infrastruktur tunggal yang lancar merangkumi sambungan unit radio, kuasa dan fiber yang akan menyediakan perkhidmatan yang sama rata secara borong untuk semua syarikat telekomunikasi.
 

Model 5G MOCN di Malaysia merupakan satu pencapaian teknikal global kerana ia telah berjaya menyepadukan Teras RAN DNB kepada teras rangkaian lima syarikat telekomunikasi, dengan yang keenam akan menyusul tidak lama lagi. Sebelum pengalaman MOCN 5G Malaysia, integrasi di negara lain hanya pernah dijalankan dengan dua syarikat telekomunikasi sahaja.