Enterprise 5G Benefits
IOT & Connectivity
Software Engineering
Enterprise Verticals
Blogs
12 November 2022
10 - 11 November 2022 (New York) – Para eksekutif kanan Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengadakan pertemuan dengan beberapa firma teknologi utama AS dan Eropah untuk berbincang tentang cara Rangkaian Borong Tunggal atau Single Wholesale Network (SWN) 5G boleh menyediakan platform untuk mendayakan inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
Lawatan kerja selama dua hari tersebut menyaksikan pertemuan antara DNB dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin kanan di Verizon, Google Cloud, Unity, Rivada, Ookla, Amazon Web Services (AWS), Mastercard, Salesforce, Intel, Microsoft Azure, NTT, Ericsson dan ZTE. DNB turut mengadakan perbincangan dengan Schmidt Futures, sebuah NGO yang ditubuhkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt selain beberapa firma kewangan antarabangsa terkemuka yang lain dan juga Business Finland, sebuah organisasi kerajaan di bawah Kementerian Pekerjaan dan Ekonomi Finland.
DNB telah meneliti sejauh mana penyelesaian dan perkhidmatan 5G yang inovatif boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan pekerjaan berkemahiran tinggi, terutamanya bagi golongan belia. SWN 5G Malaysia disebut-sebut sebagai sebuah model inovatif dalam pelaksanaan 5G, dengan peningkatan perkongsian spektrum yang membolehkan program perintis berskala besar di negara ini pada masa hadapan. Perbincangan tersebut seterusnya mengenal pasti keperluan untuk mencipta laluan daripada pembuktian konsep 5G kepada pelaksanaan program perintis yang mantap untuk penggunaan di peringkat global.
Sebagai contoh, 5G kini sedang digunakan dalam satu siri program perintis "realiti digital" di American University, Washington D.C. untuk mewujudkan penglibatan pelajar yang lebih besar dan penyertaan dalam bilik darjah yang lebih baik. DNB juga turut bekerjasama dengan firma-firma tersebut untuk meneroka keupayaan penghasilan siri program yang serupa di Malaysia.
General Media Contact corp.comms@digital-nasional.com.my
Stay tuned for the latest news from us