Bilik Berita DNB

Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB – Sebuah platform untuk mendayakan inovasi dan pertumbuhan ekonomi

12 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

10 - 11 November 2022 (New York) – Para eksekutif kanan Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengadakan pertemuan dengan beberapa firma teknologi utama AS dan Eropah untuk berbincang tentang cara Rangkaian Borong Tunggal atau Single Wholesale Network (SWN) 5G boleh menyediakan platform untuk mendayakan inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Lawatan kerja selama dua hari tersebut menyaksikan pertemuan antara DNB dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin kanan di Verizon, Google Cloud, Unity, Rivada, Ookla, Amazon Web Services (AWS), Mastercard, Salesforce, Intel, Microsoft Azure, NTT, Ericsson dan ZTE. DNB turut mengadakan perbincangan dengan Schmidt Futures, sebuah NGO yang ditubuhkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt selain beberapa firma kewangan antarabangsa terkemuka yang lain dan juga Business Finland, sebuah organisasi kerajaan di bawah Kementerian Pekerjaan dan Ekonomi Finland.

DNB telah meneliti sejauh mana penyelesaian dan perkhidmatan 5G yang inovatif boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan pekerjaan berkemahiran tinggi, terutamanya bagi golongan belia. SWN 5G Malaysia disebut-sebut sebagai sebuah model inovatif dalam pelaksanaan 5G, dengan peningkatan perkongsian spektrum yang membolehkan program perintis berskala besar di negara ini pada masa hadapan. Perbincangan tersebut seterusnya mengenal pasti keperluan untuk mencipta laluan daripada pembuktian konsep 5G kepada pelaksanaan program perintis yang mantap untuk penggunaan di peringkat global.

Sebagai contoh, 5G kini sedang digunakan dalam satu siri program perintis "realiti digital" di  American University, Washington D.C. untuk mewujudkan penglibatan pelajar yang lebih besar dan penyertaan dalam bilik darjah yang lebih baik. DNB juga turut bekerjasama dengan firma-firma tersebut untuk meneroka keupayaan penghasilan siri program yang serupa di Malaysia.
 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”