5G untuk Bisnes
Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
5G untuk Bisnes
Sebagai pelopor dalam industri 5G, ZTE telah banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi 5G untuk mempercepatkan industri vertikal atau menegak. Lampiran ini menunjukkan bagaimana ZTE memanfaatkan potensi unik 5G dan membawa industri ke tahap lagi tinggi termasuk pembuatan, pengangkutan awam, media, pendidikan, tenaga, dan kesihatan. Ia juga meneroka pelbagai kes penggunaan 5G serata China dalam bermacam sektor, juga meneroka potensi tanpa had yang dimiliki teknologi baru ini demi manfaat masyarakat secara umum.
Diinspirasikan oleh ZTE
Kes Penggunaan 5G untuk Verticals China 2021 mendemonstrasikan 21 contoh ketara aplikasi 5G untuk Vertikal termasuk industri pembuatan, pelabuhan, perlombongan, pengangkutan, kuasa elektrik, penjagaan kesihatan dan rekaan kandungan. Ia juga merangkumi senario praktikal di mana 5G boleh digunakan untuk mencetus inovasi dalam pelbagai industri, juga ciri teknikal, dan peluang pembangunan teknologi generasi seterusnya.
Diinspirasikan oleh ZTE
Pandemik Covid-19 telah memaksa bisnes kecil dan sederhana (SMB) untuk mengubah model bisnes, strategi, dan operasi demi kelangsungan hidup. Terdapat bisnes yang terlebih dahulu memiliki pengalaman bekerja secara jarak jauh sebelum pandemik melanda, mereka mampu mengadaptasi amalan bekerja dari rumah sementara yang lain bergelut dengan norma baru. Sebenarnya, pandemik menjadi batu loncatan buat SMB dalam dunia digital dan seterusnya mampu menaikkan mana-mana SMB secara dramatik dan lebih berdaya maju ke depan.
Dengan munculnya era 5G, Ericsson telah menjalankan kajian baru untuk membantu perniagaan memaksimumkan potensi industri digital. Wawasan ini akan menjadi kunci bagi perniagaan untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam landskap yang penuh persaingan.
Kajian ini meliputi perkara asas navigasi teknologi 5G, termasuk jangkaan pertumbuhan perkhidmatan 5G B2B, bagaimana memanfaatkan kuasa kluster kes penggunaan dan pentingnya untuk bertindak sekarang untuk mengaut keuntungan merentasi jalur lebar mudah alih.
Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson
Keseronokan menonton perlawanan sukan secara langsung kini lebih mengujakan. Dengan 5G, peminat di acara sukan tersebut bahkan yang berada di luar dapat menikmati keseronokan secara nyata dalam waktu sebenar.Mereka akan bersorak dan menyokong pasukan mereka bersama - sama. Semua ini boleh direalisasikan dengan penggunaan realiti maya, augmentasi realiti, video on demand, dan aplikasi digital yang dikuasakan oleh rangkaian 5G. Ia juga merupakan bisnes yang penuh dengan potensi kewangan dan dijangkakan Amerika Syarikat sahaja bakal mendapat keuntungan USD 83.1 bilion menjelang 2023.