3

Rangkaian Teras
Pelbagai Operator

Rangkaian Teras Pelbagai Operator

Bagaimanakah MOCN Berfungsi?

Sebagai strategi pelancaran yang makin kerap dilakukan, model MOCN adalah piawaian telekomunikasi yang ditakrif oleh 3GPP, yang membenarkan satu rangkaian atau Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network atau RAN) (seperti yang dilakukan oleh DNB) dikongsi dan disambungkan kepada rangkaian teras pelbagai syarikat telekomunikasi.

Mengapakah model MOCN ini perlu diberi perhatian dalam konteks Malaysia?

Model 5G MOCN di Malaysia merupakan satu pencapaian teknikal global kerana ia telah berjaya menyepadukan Teras RAN DNB kepada teras rangkaian lima syarikat telekomunikasi, dengan yang keenam akan menyusul tidak lama lagi. Sebelum pengalaman MOCN 5G Malaysia, integrasi di negara lain hanya pernah dijalankan dengan dua syarikat telekomunikasi sahaja.

Apakah seni bina teknikal yang diambil DNB untuk pelancaran 5G?

Rangkaian 5G akan dilancarkan menggunakan seni bina Rangkaian Teras Pelbagai Operator (Multi-Operator Core Network atau MOCN)

MOCN beroperasi berdasarkan perkongsian kedua-dua infrastruktur rangkaian dan sumber spektrum yang berharga.

Ia memastikan perkhidmatan 5G disambung kepada syarikat telekomunikasi pada kadar lebih rendah bagi setiap GB daripada kadar 4G standard sekarang. Hasilnya, pengguna akan mendapat akses kepada kelajuan internet yang tersangat pantas, berkualiti tinggi dan mampu milik.

Subscribe to Rangkaian Teras Pelbagai Operator