Bilik Berita DNB

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

25 April 2024

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2024 – Digital Nasional Berhad (DNB) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berikutan perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani antara DNB, MOF Inc dan lima Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) pada 1 Disember 2023. Pelantikan ini berkuat kuasa pada 24 April 2024.

Lima orang ahli baharu tersebut akan menyertai dua lagi ahli lembaga pengarah sedia ada iaitu Datuk Johan Mahmood Merican dan Encik Ma Sivanesan Marimuthu. Lembaga Pengarah baharu yang dilantik serta pengarah gantian mereka adalah seperti berikut:

Pengendali Operator Mudah Alih Pengarah Pengarah Gantian
CelcomDigi (Infranation Sdn Bhd) Datuk Kamal Khalid -
Maxis Broadband Sdn Bhd Uthaya Kumar A/L K Vivekananda -
U Mobile Sdn Bhd Chang Yit Fei Tan Kok Leong
Telekom Malaysia Berhad Nik Azli Abu Zahar Mohamed Tajul Mohamed Sultan
YTL Power International Berhad Dato’ Seri Yeoh Seok Hong Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek

 

 

 

 

 

 

Sehubungan dengan itu, DNB berharap untuk mendapatkan input dan panduan berharga daripada Lembaga Pengarah yang baharu dalam memacu kemajuan infrastruktur digital Malaysia dan penggunaan teknologi 5G yang merentas industri, perusahaan, sektor awam dan pengguna.

 

 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”