Bilik Berita DNB

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

07 June 2024

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030
  • DNB, Shopee dan Syarikat Telekomunikasi bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan 5G dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)
  • PMKS yang menggunakan 5G dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di platform 'Shopee Live' melalui video berdefinisi tinggi, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah para pelanggan
  • Peniaga 'Shopee Live' yang mendaftar untuk pakej 5G akan memperoleh syiling Shopee bernilai RM110,000

 

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2024 – Digital Nasional Berhad (DNB) dan syarikat peneraju e-dagang Shopee telah bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan 5G dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, melalui kempen yang menawarkan pakej 5G khas oleh syarikat telekomunikasi.

Dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia, kerjasama tersebut telah diumumkan di My5G Portal DNB hari ini. Turut hadir ialah Encik Ma Sivanesan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Digital, serta Encik Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Operasi DNB. Encik Tan Ming Kit, Ketua Pegawai Pemasaran di Shopee Malaysia dan Encik Terence Siau, Pengarah Negara SEA pula hadir sebagai wakil Shopee.

Dengan memanfaatkan 2 juta peniaga tempatan Shopee sedia ada yang kini bertindak sebagai pemacu barangan buatan Malaysia, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan langganan perkhidmatan 5G dalam kalangan peniaga untuk membolehkan mereka memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara langsung kepada pelanggan mereka di platform 'Shopee Live' melalui video berdefinisi tinggi, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. Dengan mendaftar pakej 5G, peniaga bukan sahaja akan mempunyai akses kepada rangkaian 5G bertaraf dunia DNB, yang diiktiraf untuk kelajuan, latensi yang sangat rendah dan kebolehpercayaannya, tetapi juga memperoleh syiling Shopee bernilai RM110,000.

Syarikat tinjauan rangkaian global Ookla dalam data 'Speedtest Intelligence' untuk Suku ke-4 2023 telah melaporkan bahawa kelajuan median 5G Malaysia berada pada 451.79 Mbps menjadikan kita menduduki tempat ke-4 di dunia dan terpantas dalam kalangan negara Asia Tenggara. Pada suku tahun yang sama, rangkaian 5G Malaysia telah diberikan skor konsistensi tertinggi Ookla di seluruh dunia.

Bercakap pada majlis tersebut, YB Gobind memuji inisiatif untuk memacu pendigitalan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini dan berkata, "Pada masa ini terdapat lebih 1.17 juta syarikat PMKS di Malaysia yang menyumbang kepada 97.4% daripada jumlah perniagaan di negara ini. Perniagaan kecil ini turut menyumbang 38.4% daripada KDNK negara, atau RM580 bilion, dan mengupah 7.59 juta pekerja. Oleh itu adalah penting untuk kita sama-sama memastikan industri ini kekal berdaya saing dan berkembang maju.

"Kementerian Digital ditubuhkan untuk memacu visi kerajaan ke arah meningkatkan kemakmuran ekonomi melalui pendigitalan; melalui program kerjasama dengan semua pemain dalam ekosistem. Kerjasama seperti ini adalah merupakan kunci bagi memangkin penggunaan digital, dan saya berharap pelbagai usaha lagi akan dijalankan.”

Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Operasi DNB berkata, "Rangkaian 5G Malaysia kini meliputi 81.5% kawasan berpenduduk, dan pada akhir April 2024, Malaysia telah mencatatkan 13.2 juta langganan perkhidmatan 5G, mewakili kadar penggunaan sebanyak 39.2 peratus.

"Teknologi 5G memberi manfaat kepada perusahaan pelbagai saiz, termasuk PMKS. Prestasi dan kebolehpercayaan rangkaian 5G kami ini menyediakan mobiliti kepada penjual PMKS agar dapat berinteraksi dengan audiens mereka dengan lebih lancar, melalui penstriman video berdefinisi tinggi, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli para pelanggan mereka.”

Tan Ming Kit, Ketua Pegawai Pemasaran Shopee Malaysia berkata, "Shopee teruja dapat mengadakan usaha sama dengan DNB bagi mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS runcit di Malaysia. Kami percaya 5G merupakan satu lonjakan ketara dalam ketersambungan, memperkasakan PMKS agar berkembang maju dalam landskap digital yang dinamik hari ini. Melalui kerjasama ini, Shopee akan menyediakan insentif berbentuk syiling Shopee bernilai RM110,000 kepada PMKS yang mengambil pakej 5G, membolehkan mereka mengembangkan perniagaan dan meneruskan interaksi pada masa nyata di Shopee Live. Kami kini bersedia untuk menerajui era baharu transformasi perniagaan digital Malaysia bersama DNB.”

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/DNB5GxShopee.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”