Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
Jumlah kos pelancaran 5G akan dibiayai secara eksklusif oleh sektor swasta, tanpa melibatkan pembiayaan Kerajaan atau perbelanjaan pembangunan.
Pada 12 November 2021, DNB telah mengumumkan pakej pembiayaan modal kerja sehingga RM400 juta yang didapati dari Deutsche Bank. Ianya adalah talian jaminan bank RM150 juta, yang akan diterbitkan oleh Deutsche Bank AG, cawangan Labuan, dan RM250 juta kemudahan kredit pusingan yang akan di lanjutkan oleh Deutsche Bank (Malaysia) Berhad tanpa cagaran.
Kemudahan ini akan memberi DNB akses kepada pembiayaan jangka pendek untuk keperluan modal kerja, terutamanya untuk menyokong operasi harian syarikat serta perbelanjaan modal.
Pakej pembiayaan RM400 juta itu juga merupakan sebahagian dari anggaran RM5 bilion jumlah kemudahan modal kerja yang diperlukan oleh DNB antara sekarang hingga 2024 untuk memastikan pelancaran rangkaian 5G berlaku seperti yang dirancang.
Pada Oktober 2021, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd telah membuat pengumuman tentang pembiayaan tahap pertama dalam bentuk perjanjian pembelian penghutang (receivables purchase arrangement atau RPA) bernilai RM800 juta kepada Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd.
Ericsson Malaysia akan menyampaikan fasa awal pelancaran rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) ke seluruh negara dengan pembiayaan ini,.
UOB Malaysia juga telah diberi mandat sebagai pengurus utama untuk menambah RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion untuk insititusi kewangan lain.
Selepas penerimaan RPA bersindiket oleh insitusi kewangan, sejumlah RM3.1 bilion akan dikumpul untuk menyokong pembekalan, penghantaran dan pengurusan keseluruhan rangkaain 5G DNB.
DNB bercadang untuk menerbitkan program Sukuk bernilai RM5 bilion pada tahun 2022, yang bertujuan untuk menggantikan kemudahan modal kerja dan memudahkan pembayaran RPA.
Pengumuman akan dibuat apabila setiap aras kejayaan ini berjaya dicapai.