Pelancaran Malaysia dan peranan
Digital Nasional Berhad
Pelancaran Malaysia dan peranan Digital Nasional Berhad
Pelancaran Malaysia dan peranan
Digital Nasional Berhad
Pelancaran Malaysia dan peranan Digital Nasional Berhad
Jumlah kos pelancaran 5G akan dibiayai secara eksklusif oleh sektor swasta, tanpa melibatkan pembiayaan Kerajaan atau perbelanjaan pembangunan.
Pada 12 November 2021, DNB telah mengumumkan pakej pembiayaan modal kerja sehingga RM400 juta yang didapati dari Deutsche Bank. Ianya adalah talian jaminan bank RM150 juta, yang akan diterbitkan oleh Deutsche Bank AG, cawangan Labuan, dan RM250 juta kemudahan kredit pusingan yang akan di lanjutkan oleh Deutsche Bank (Malaysia) Berhad tanpa cagaran.
Menjaga keselamatan rangkaian 5G dari ancaman keselamatan siber sangat penting untuk merealisasikan manfaat sepenuhnya kepada pengguna, organisasi, dan perusahaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sambungan 5G mesti konsisten dan boleh dipercayai.
DNB memahami risiko keselamatan siber yang signifikan serta kepentingan berlawanan dari pelbagai pelaku ancaman terhadap DNB, infrastruktur nasional yang kritikal (critical national infrastructure atau CNI) dan organisasi telekomunikasi 5G.
Perkhidmatan 5G akan tersedia di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2021. Selepas itu, ia dijangka akan menjangkau sekitar 40% liputan di kawasan berpenduduk negara pada akhir 2022 dan seterusnya akan diperluas ke seluruh negara untuk meliputi kawasan bandar dan desa yang lain serta taman perindustrian, dengan sasaran liputan sekitar 80% di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024. Rancangan ini sedang dimuktamadkan dan butir-butir lanjut akan dikongsi bersama setelah perancangan mendapat kelulusan SKMM.
Transformasi digital yang dimangkin oleh liputan 5G akan mewujudkan potensi peningkatan KDNK sebanyak lebih kurang RM150 bilion serta penambahan 750,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.
Tambahan kepada KDNK jangka panjang dan peluang pekerjaan, manfaat sosio ekonomi yang lain termasuk:
Kos pelaksanaan rangkaian 5G secara keseluruhannya dijangka akan menelan belanja sebanyak RM16.5 bilion dalam jangka masa 10 tahun yang akan datang. Ini merangkumi RM12.5 bilion untuk perkakasan rangkaian dan infrastruktur 5G serta RM4 bilion dalam kos korporat.
DNB akan membolehkan keupayaan utama 5G iaitu Jalur Lebar Mudah Alih yang Dipertingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB), Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communication atau mMTC), Komunikasi Latensi Rendah Kebolehpercayaan Tinggi (Ultra-Reliable Low-Latency Communication atau uRLLC) dan Pembahagian Rangkaian (Network Slicing).
DNB akan melaksanakan rangkaian ke seluruh negara secara menyeluruh, seiring dengan prinsip-prinsip perniagaan berikut:
DNB akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan termasuk kerajaan, badan pengawalselia, pihak berkuasa negeri dan tempatan, penyedia perkakasan rangkaian, operator telekomunikasi, pemilik infrastruktur, serta pelbagai kumpulan pengguna yang akan mendapat manfaat dari penggunaan produk dan perkhidmatan 5G.
Digital Nasional Berhad (DNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara. Ia dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta) untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen yang lain.
DNB ditubuhkan untuk membantu mencapai hasil utama berikut, selaras dengan aspirasi MyDigital: