DNB akan membolehkan keupayaan utama 5G iaitu Jalur Lebar Mudah Alih yang Dipertingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB), Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communication atau mMTC), Komunikasi Latensi Rendah Kebolehpercayaan Tinggi (Ultra-Reliable Low-Latency Communication atau uRLLC) dan Pembahagian Rangkaian (Network Slicing).
Ini turut merangkumi keupayaan dasar 5G seperti kecerdasan buatan/pembelajaran mesin (AI/ML), robotik dan realiti ditingkatkan serta realiti maya yang akan membolehkan inovasi yang mendorong kecekapan, pengupayaan perkhidmatan dan pengalaman baru dalam pelbagai industri.
Keupayaan utama 5G dijelaskan seperti berikut:
Jalur Lebar Mudah Alih yang Ditingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB): Secara ringkasnya, penyediaan data mudah alih, tetapi pada skala yang lebih besar daripada sebelumnya. Liputan 5G akan dibina berdasarkan peningkatan kelajuan dan latensi rendah daripada 4G dan seterusnya menyampaikan kelajuan muat turun dan muat naik (downlink dan uplink) yang lebih pantas dan dengan latensi yang lebih rendah. Kelebihan ini dapat dirasai pada peranti berkemampuan 5G. eMBB membuat sebarang aktiviti berasaskan internet - sama ada mengakses aplikasi, e-mel, laman web, menonton video, dan mengemas kini perisian - jauh lebih pantas dan lancar.
Komunikasi latensi rendah yang sangat dipercayai (Ultra-reliable, low latency communication atau URLLC), ini ditakrifkan oleh 3GPP sebagai latensi satah pengguna tidak lebih dari 1 milisaat. URLLC membolehkan sokongan bagi kes penggunaan yang memerlukan kebolehpercayaan amat tinggi dan latensi amat rendah seperti automasi industri, pengangkutan pintar, serta diagnosis perubatan dan pembedahan jarak jauh.
Pembahagian Rangkaian membolehkan infrastruktur 5G dikongsi oleh pelbagai rangkaian logikal dengan setiap satunya disesuaikan untuk memenuhi tujuan perniagaan yang ditetapkan. Ini menghasilkan peluang pendapatan baru untuk penyedia perkhidmatan komunikasi dengan fungsi keselamatan yang lebih baik, penyampaian perkhidmatan lebih pantas dan fleksibiliti yang dipertingkatkan.
DNB akan turut memudahcara kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam industri untuk mengenal pasti vertikal utama serta mencipta bersama aplikasi unik, berdaya tahan, dan proprietari untuk segmen pengguna dan perusahaan.
Tambahan dari itu, DNB akan memudahcara pelaksanaan akses tanpa wayar tetap (fixed wireless access atau FWA) untuk menangani penyambungan penghujung, terutama untuk kawasan desa dan pedalaman negara. Dengan teknologi FWA, DNB akan dapat memperluas liputan 5G ke rumah dan perniagaan ke kawasan di mana penggunaan fiber tidak dapat dilaksanakan.
Ini akan meningkatkan inklusiviti digital, yang membolehkan masyarakat desa turut serta dalam memanfaatkan ekonomi digital Malaysia yang sedang berkembang.