Transformasi digital yang dimangkin oleh liputan 5G akan mewujudkan potensi peningkatan KDNK sebanyak lebih kurang RM150 bilion serta penambahan 750,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.
Tambahan kepada KDNK jangka panjang dan peluang pekerjaan, manfaat sosio ekonomi yang lain termasuk:
Membolehkan penghasilan lebih daripada 14,800 pekerjaan merentas ekonomi pada 2022 melalui pelaburan DNB dan peningkatan permintaan ke atas rantaian bekalan sektor
Memudahcara penyertaan vendor tempatan dengan melibatkan mereka dalam pembekalan pellbagai perkhidmatan berkaitan-NEP
Melanjutkan program pembangunan pengetahuan untuk industri, kerajaan dan akademia
Membangunkan Pusat Pengalaman 5G dan Makmal Inovasi untuk mempamerkan kes-kes penggunaan 5G dan mempercepatkan pembangunan syarikat permulaan teknologi
Beberapa industri utama telah dikenal pasti oleh DNB sebagai pengguna awal 5G seperti minyak and gas, pelabuhan, pelancongan, pendidikan, penjagaan, kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan, serta tenaga dan utiliti.