Sequence Number 3 Taxonomy Ext Title

Soalan Lazim
tentang Peranti 5G

Mengapakah ia mengambil masa yang lebih lama untuk mengesahkan sesetengah peranti dan bukan yang lain?

Submitted by admin on Fri, 05/20/2022 - 11:19

Masa yang diambil untuk peranti menjadi sedia 5G adalah bergantung pada proses khusus oleh setiap pengeluar. DNB tidak terlibat dalam pensijilan peranti.

Sila hubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan anda dan/atau pengeluar jenama untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan peranti 5G di Malaysia.

Adakah DNB memperakui dan meluluskan peranti yang mempunyai kemampuan 5G dan berapa lamakah masa yang diambil untuk peranti 5G "diperakui" untuk digunakan di Malaysia?

Submitted by admin on Tue, 05/17/2022 - 19:22

DNB tidak memberi perakuan atau meluluskan peranti 5G. Kami hanya menyediakan kemudahan untuk pengilang menjalankan ujian seperti ujian statik awal, serta laluan ujian untuk membolehkan ujian pemanduan di jalan raya supaya peranti mereka boleh dikonfigurasikan dan perisian tegar dikemas kini agar serasi dengan rangkaian 5G.

Pensijilan peranti diterajui oleh SIRIM – di bawah bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – sebagaimana prosedur standard.

Adakah pengguna perlu mendapatkan peranti yang disokong 5G untuk menggunakan rangkaian 5G Malaysia?

Submitted by admin on Tue, 05/17/2022 - 19:22

Ya betul. Pengguna mesti mendapatkan peranti yang mempunyai kemampuan 5G yang telah dikonfigurasikan untuk menyokong rangkaian 5G. Entiti tempatan pengeluar peranti harus memastikan bahawa peranti mereka boleh menyokong pelbagai perkhidmatan yang akan dihantar kepada pelanggan melalui rangkaian 5G tempatan.

Subscribe to Soalan Lazim tentang Peranti 5G