Join the DNB Family

At DNB, we strive to make a difference in providing equal access to connectivity for all Malaysians

Pelatih Industri, Kawal Selia

Pelatih Industri, Kawal Selia

  • Membantu aktiviti kawal selia harian termasuk penghantaran dokumen kepada MCMC, pelaporan dan pemantauan pematuhan. ​

  • Membantu advokasi kawal selia serta penyediaan respons bagi konsultasi awam merangkumi aspek teknikal dan dasar.

  • Menjalankan kajian dan penanda aras kawal selia serta menyediakan taklimat dalaman bersama pasukan pelbagai fungsi.

  • Mendapat pendedahan kepada peraturan telekomunikasi, asas 5G, pelaksanaan rangkaian dan teknologi berkaitan.

  • Menggunakan alat pelaporan dan dokumentasi sambil berinteraksi dengan pasukan dalaman serta pihak pengawal selia.

Syarat-syarat

  • Tempoh minimum latihan industri selama 3 bulan

  • Berupaya bekerja secara fizikal di pejabat Kuala Lumpur

  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik

  • Bidang pengajian berkaitan: Undang-undang, Komunikasi, Dasar Awam, Data/Analitik atau bidang lain yang berkaitan

  • Mempunyai kemahiran analisis dan penyelidikan yang kukuh

  • Mahir menggunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint

  • Mempunyai minat dalam industri telekomunikasi

Mohon Sekarang

Pelatih Industri, Pengurusan Tapak Penghantaran & Pengoptimuman

Pelatih Industri, Pengurusan Tapak Penghantaran & Pengoptimuman

  • Membantu pengurusan aktiviti infrastruktur tapak melalui pemantauan, dokumentasi serta penyelarasan kerja dan keperluan berkaitan. ​

  • Menyokong urusan perhubungan dengan Penyedia Kemudahan Rangkaian melalui komunikasi, susulan dan penyelarasan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

  • Menyelaras aktiviti pengurusan projek termasuk perancangan, penjejakan pelaksanaan serta kemas kini kemajuan bagi inisiatif pengurusan tapak.

  • Menyokong penyelarasan vendor melalui pengurusan jadual, dokumentasi serta komunikasi dengan kontraktor yang dilantik.

  • Menyelaras urusan dengan pihak berkuasa tempatan termasuk proses berkaitan permit, keperluan pematuhan serta komunikasi dengan pihak berkepentingan.

Syarat-syarat:

  • Tempoh minimum latihan industri selama 3 bulan​

  • Berupaya bekerja secara fizikal di pejabat Kuala Lumpur​

  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik​

  • Bidang pengajian berkaitan: Telekomunikasi, Kejuruteraan Rangkaian, Teknologi Maklumat (IT), Sains Data atau bidang lain yang berkaitan

Mohon Sekarang

Pelatih Industri, Perancangan & Kejuruteraan Rangkaian

Pelatih Industri, Perancangan & Kejuruteraan Rangkaian

  • Membantu perancangan dan reka bentuk rangkaian akses fiber 5G, serta memastikan keselarasan dengan standard dan keperluan pelaksanaan. ​

  • Menambah baik reka bentuk sambungan fiber bagi tapak yang terjejas akibat penempatan semula disebabkan keperluan pihak berkuasa tempatan, isu tanah atau kekangan tapak.

  • Menyemak dan mengesahkan laporan TSSR bagi memastikan maklumat laluan fiber adalah tepat serta didokumentasikan dengan teratur.

  • Menyokong perancangan rangkaian masa hadapan, termasuk perancangan liputan dan analisis kos (contohnya kos fiber, penyelenggaraan dan komponen berkaitan).

  • Menyokong pemantauan rangkaian fiber serta urusan pentadbiran seperti pengesahan invois dan pemprosesan PR/PO bersama penyedia fiber.

Syarat-syarat

  • Tempoh minimum latihan industri selama 3 bulan

  • Berupaya bekerja secara fizikal di pejabat Kuala Lumpur

  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik

  • Bidang pengajian berkaitan: Kejuruteraan Telekomunikasi, Kejuruteraan Elektrik atau bidang lain yang berkaitan

Mohon Sekarang

Pelatih Industri, Pelaporan Kewangan & Operasi 

Pelatih Industri, Pelaporan Kewangan & Operasi

  • Membantu pengurusan lejar am (GL) serta aktiviti perakaunan asas merangkumi penyelarasan akaun, penyediaan catatan jurnal dan penyediaan data kewangan.

  • Menyokong proses pelaporan kewangan termasuk penyediaan, semakan dan dokumentasi laporan kewangan. 

  • Mengendalikan penggunaan sistem Oracle ERP dan modul kewangan berkaitan melalui kemasukan data, penjanaan laporan serta kemas kini sistem di bawah penyeliaan.

  • Menyokong aktiviti perakaunan dan pengurusan ERP dengan memastikan ketepatan data, penyelenggaraan dokumentasi sistem serta penambahbaikan proses.

  • Membantu pasukan Kewangan dalam operasi harian termasuk tugasan perakaunan ad hoc, penyelarasan serta keperluan pentadbiran. 

Syarat-syarat:

  • Tempoh latihan industri minimum 3 bulan​

  • Mampu bekerja di pejabat kami di Kuala Lumpur

  • Menguasai bahasa Inggeris dengan baik

  • Bidang pengajian berkaitan: Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Kewangan

Mohon Sekarang