Berita dan Pandangan 5G

Jangan politikkan lagi projek 5G, pertikai agenda DNB

25 July 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Sinar Harian, 21 Julai 2022.

SHAH ALAM - Semua parti politik diminta berhenti mempolitikkan pelaksanaan projek 5G dan mempertikaikan agenda Digital Nasional Berhad (DNB) kerana projek berkenaan sudah menjadi agenda negara yang bakal memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, Seri Wani Sabtu turut berharap satu persetujuan yang telah dicapai di antara syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara dan DNB dapat memberi laluan projek menaik taraf jalur lebar 5G dilaksanakan segera.

Hal ini kerana beliau berpandangan, rakyat sudah sekian lama menantikan perkembangan berkenaan, dengan DNB mesti segera komited menyelesaikan masalah jurang digital luar bandar yang agak serius ketika ini.

"DNB mesti segera komited untuk menyelesaikan masalah jurang digital luar bandar sebab inilah masalah utama rakyat kita. Tidak dinafikan juga masalah kelembapan internet sekalipun di kawasan urban pada ketika ini harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

"Saya setuju bahawa projek 5G ini akan membawa banyak manfaat kepada rakyat khususnya dalam bidang ekonomi digital. Rakyat boleh berniaga dalam talian dengan mudah dan pantas dengan adanya akses 5G ini. Dengan capaian internet yang luas dan pantas, urusan seharian kita pun akan jadi senang.

"Jadi, saya memohon agar kesemua parti politik untuk tidak lagi mempolitikkan projek 5G ini sebaliknya memberikan sepenuh dukungan kerana matlamat akhirnya pasti membawa manfaat untuk rakyat juga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Polemik berhubung pelaksanaan 5G timbul selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pelantikan DNB sebagai pelaksana tunggal 5G di Malaysia diputuskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tanpa berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Namun dalam penjelasan balas, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, pemilihan model Single Whole Network dalam pelaksanaan 5G di Malaysia, sudah dibincangkan antara MOF dan K-KOMM di kabinet sejak 2019.

Dalam pada itu, Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan K-KOMM bersama MOF untuk membuka kertas bagi memuktamadkan konsep dan laluan ke hadapan untuk jalur lebar 5G.

Mengulas lanjut, Seri Wani menyuarakan kekhuatiran pelaksanaan projek menaik taraf jalur lebar 5G akan dilengah dan dilambat-lambatkan sekiranya parti politik sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang terus menimbulkan persepsi negatif.

"Negara jiran kita, Singapura dan Indonesia sudah semakin maju dengan pendigitalan ekonomi menerusi projek 5G mereka. Takkanlah kita mahu terus melihat Malaysia ditinggalkan jauh hanya kerana nafsu politik semata-mata?

"Saya berharap DNB dan syarikat telekomunikasi akan segera memuktamadkan strategi pelaksanaan 5G ini tanpa lengah. Kita semua mendukung penuh inisiatif 5G di bawah teraju DNB demi maslahat Keluarga Malaysia," ujarnya lagi.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”