Berita dan Pandangan 5G

MDEC, GSMA meterai kerjasama pacu pembangunan aplikasi 5G, pertumbuhan ekonomi digital

08 March 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama 27 Februari 2023.

BARCELONA (Spain), 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) untuk memacu pembangunan aplikasi 5G yang menggunakan kes penggunaan, serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital.

Penandatanganan MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz dan Ketua GSMA Asia Pasifik (APAC) Julian Gorman di luar acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, di sini hari ini.

Mahadhir berkata MDEC dan GSMA juga akan bekerjasama untuk memacu minat dalam pelaburan digital, sejajar dengan inisiatif strategik nasional baharu, Malaysia Digital, serta berusaha untuk membangunkan keupayaan dan kapasiti di Malaysia pada 5G untuk memacu pelaburan digital.

“GSMA adalah dan akan menjadi rakan kongsi penting bagi kami ketika kami berusaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital kITA.

“Dengan kelayakan mereka yang mantap sebagai salah satu pihak berkuasa terulung dalam teknologi mudah alih dan digital serta kepakaran mendalam MDEC dalam ekosistem digital ASEAN, manfaat dan peluang untuk diwujudkan di bawah MoU ini akan menjadi nilai yang signifikan,” katanya.

Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada kajian kes penggunaan sebenar ini adalah termasuk bandar pintar, industri 4.0, pendidikan, teknologi kesihatan, pemantauan alam sekitar dan keterangkuman sosial.

GSMA, yang merupakan organisasi berpangkalan di United Kingdom, juga akan menonjolkan kajian kes di Malaysia dan berkongsi mengenainya menerusi laporan-laporan saranan termasuk laporan APAC Mobile Economy dan laporan Digital Societies. 

Mahadhir berkata MoU tersebut juga akan meningkatkan pengayaan dan memacu program-program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam mempromosikan kepelbagaian dan kemampanan ekonomi digital di Malaysia. 

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata MoU itu menandakan satu peristiwa penting bagi Malaysia, terutamanya ketika pelancaran 5G, yang dijangka mempunyai liputan 80 peratus menjelang akhir 2024.

“Penggunaan kajian kes sebenar dalam teknologi 5G mempunyai potensi yang sangat besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang signifikan, meningkatkan taraf sosial dan membantu Malaysia dalam mencapai matlamat pembangunan mampannya, serta selari dengan visi Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan.
 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”