1 Datuk Johan Mahmood Merican Pengerusi Bukan-Eksekutif Bukan-Bebas Ahli Lembaga Pengarah

Datuk Johan Mahmood Merican telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah DNB berkuat kuasa 20 Mei 2024. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan. Sebelum pelantikan tersebut, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Kewangan sejak Mac 2022.

Datuk Johan pernah memegang pelbagai jawatan Kerajaan seperti Pengarah Belanjawan Negara di Kementerian Kewangan, Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia. Sebelum berkhidmat dalam Kerajaan bermula tahun 2004, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam bidang kewangan korporat dan perakaunan di sektor swasta selama 9 tahun.

Datuk Johan ialah seorang Akauntan Bertauliah yang diiktiraf oleh Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan telah lulus dengan Ijazah Ekonomi dari University of Cambridge.