1 Ahli Lembaga Pengarah Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah

Loh Keh Jiat

Loh mengetuai bahagian Perniagaan Pengguna dan berusaha ke arah mencapai cita-cita Maxis untuk menjadi syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di Malaysia.

Beliau menyertai Maxis sebagai Ketua Pegawai Pemasaran pada Ogos 2021. Sebelum Maxis, beliau bekerja dengan Digi, di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam Bahagian Jualan dan Pemasaran selama 12 tahun. Sebelum Digi, beliau bersama PT Mobile-8 Tbk Indonesia dan PricewaterhouseCoopers Malaysia.

Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek

Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi mempunyai pengalaman industri melebihi 25 tahun setelah menyandang jawatan pengurusan kanan di sektor awam dan swasta. Beliau
adalah mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau kini menjadi ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat yang merangkumi industri transaksi pembayaran, kesihatan, pendidikan dan telekomunikasi. Beliau juga menyandang Profesor Anjung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti UCSI dan Perdana University.

Uthaya Kumar A/L K Vivekananda

Uthaya Kumar kini merupakan Jawatankuasa Audit dan Risiko (Pengerusi), Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran (Ahli), dan Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia (Ahli) Maxis Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko Bumi Armada Berhad dan Pengarah Bebas dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Lembaga Tender Kanan (Ahli) Sri Lanka Telecom Plc.

Datuk Kamal Khalid

Datuk Kamal adalah Ketua Pegawai Transformasi di CelcomDigi. Sebelum ini, dia merupakan Ketua Pegawai Korporat dan Transformasi di Celcom, di mana tugasnya termasuk menyelia fungsi seperti  kawal selia, perundangan, komuniti, kemampanan, dan pejabat pengurusan projek perusahaan syarikat. Beliau juga merupakan Ketua Integrasi Penggabungan dari Julai 2021 hingga November 2022. Sebelum menyertai Celcom, Datuk Kamal memegang pelbagai jawatan kepimpinan, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd dan Ketua Komunikasi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Ma Sivanesan Marimuthu

Encik Ma Sivanesan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) di Kementerian Digital. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan awam, terutamanya dalam dasar cukai, termasuk cukai langsung dan tidak langsung.

Datuk Johan Mahmood Merican

Datuk Johan Mahmood Merican telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah DNB berkuat kuasa 20 Mei 2024. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan. Sebelum pelantikan tersebut, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Kewangan sejak Mac 2022.

Subscribe to Ahli Lembaga Pengarah