10 Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek Alternatif kepada Dato’ Seri Yeoh Seok Hong Ahli Lembaga Pengarah

Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi mempunyai pengalaman industri melebihi 25 tahun setelah menyandang jawatan pengurusan kanan di sektor awam dan swasta. Beliau
adalah mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau kini menjadi ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat yang merangkumi industri transaksi pembayaran, kesihatan, pendidikan dan telekomunikasi. Beliau juga menyandang Profesor Anjung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti UCSI dan Perdana University.

Sebelum lantikan ke SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi adalah Naib Cancelor dan Ketua Eksekutif Perdana University. Pengalaman terdahulu beliau adalah sebagai pengurusan kanan di Telekom Malaysia (TM) dan lantikan sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat tempatan dan luar negara (1998-2010). Dari TM, beliau telah dilantik sebagai Pengarah di Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU); Pejabat Perdana Menteri untuk menerajui Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) and Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme) dari 2010-2017 serta bertugas sebagai Ketua Pegawai Komunikasi dari 2014-2018. Semasa di PEMANDU, beliau telah berpeluang untuk memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada beberapa negara di Africa, Oman, Sri Lanka dan beberapa negeri di India. 

Beliau adalah alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, National University of Singapore and University of Leeds; dan telah menghadiri Program Pengurusan Kanan di INSEAD dan di University of Strathclyde.