Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
16 February 2022
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Malay Mail, 16 February 2022.
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Penggunaan standard mobile mudah alih 5G yang lewat, telah menyebabkan Malaysia dan Singapura didahului negara jiran dalam kedudukan kelajuan muat turun selular
Laporan bertajuk ‘Impak 5G pada Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global’ menunjukkan bahawa negara-negara yang berada di belakang kedua-dua Malaysia dan Singapura seawal tahun 2019, sekarang telah maju kehadapan, hasil dari pelancaran awal rangkaian 5G mereka.
“Pada awal 2019, Singapura menduduki tempat kelima untuk purata kelajuan muat turun di antara 100 pasaran di dunia, tetapi jatuh ke tempat kesembilan menjelang akhir 2021.
Dalam tempoh yang sama, Malaysia jatuh dari tangga ke-61 ke tangga bersama 70, dengan perkhidmatan 5Gnya yang hanya tiba pada penghujung 2021 sebagai sebahagian daripada rangkaian borong 5G tunggal (Digital Nasional Berhad atau DNB),” kata Ian Fogg, Timbalan Presiden Analisa Opensignal dan pengarang buku laporan.
Laporan itu menunjukkan purata kelajuan muat turun pengguna mudah alih Malaysia kini berada di bawah purata yang dinikmati oleh pengguna rangkaian di Thailand, Indonesia dan Filipina – dengan purata kelajuan muat turun Malaysia hanya pada 13.5 megabit sesaat (Mbps).
“Pengalaman pengguna mudah alih di Thailand, Indonesia dan Filipina dibelakangi Malaysia sehingga 2019, tetapi telah menikmati peningkatan yang ketara dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu (sebahagiannya disebabkan oleh penyediaan dan pengenalan 5G). Manakala dalam masa yang sama dan mengikut data yang dikumpul Opensignal, pengalaman muat turun pengguna Malaysia bertambah baik hanya dengan kadar yang perlahan,” katanya.
Berbincang tentang pengalaman permainan pula, Opensignal melaporkan bahawa negara yang telah melancarkan perkhidmatan 5G dengan penggunaan yang ketara, telah menyaksikan peningkatan skor pengalaman permainan mereka. Walaubagaimanapun, negara yang tidak menerima-pakai 5G yang ketara, juga telah melihat peningkatan yang serupa. Ini menunjukkan bahawa rangkaian 5G semasa tidak mempengaruhi ciri-ciri perkhidmatan mudah alih yang menyokong pengalaman permainan real-time multiplayer yang hebat.
Malaysia memperolehi 61.9 mata pada skala 100, meletakkannya di tempat ke-43 bersama di 100 pasaran global pada S4 2021. Ini merupakan kedudukan yang jauh lebih baik daripada kedudukan yang berdasarkan skor Pengalaman Muat Turun semata-mata.
"Pengalaman permainan yang hebat memerlukan gabungan kependaman rendah (low latency combination), kehilangan paket yang kecil (little packet loss) dan kegelisahan rendah antara ciri-ciri lain (low jitter among other characteristics). Faktor-faktor ini masih belum berubah dengan secara mendadak lagi. Kemungkinan besar, ini disebabkan oleh lelaran semasa 5G masih banyak bergantung pada infrastruktur 4G," ia berkata.
Bagaimanapun, laporan itu juga menyatakan bahawa Malaysia masih diatasi Singapura, Vietnam dan Thailand dalam pengalaman permainan – masing-masing di tangga keempat, ke-25 dan ke-40.
Opensignal adalah piawaian global bebas untuk menganalisa pengalaman mudah alih pengguna.
Laporan industri mereka ialah panduan muktamad bagi memahami pengalaman sebenar yang diterima pengguna melalui rangkaian tanpa-wayar.
Di dalam laporan ini, Opensignal mengkaji impak dunia sebenar yang dimiliki 5G pada pengalaman mudah alih. Laporan ini menganalisa 100 pasaran global termasuk yang mempunyai ataupun tidak, perkhidmatan 5G, untuk memahami perbezaan yang telah dibuat oleh 5G setakat ini.
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami