Bilik Berita DNB

Pemeteraian Perjanjian Langganan Saham Antara Pengendali Rangkaian Mudah Alih dengan Digital Nasional Berhad

01 December 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2023 – Lima pengendali rangkaian mudah alih (Mobile Network Operators atau MNO) - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menerusi Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Power International Bhd (YTL), pada hari ini memeterai perjanjian langganan saham (Share Subscription Agreements atau SSA) untuk memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Pemeteraian SSA ini telah berlangsung di TRX Exchange 106 dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB  Fahmi Fadzil.

Pemeteraian SSA ini, tertakluk kepada penilaian wajar (due diligence), akan membolehkan pihak MNO untuk memiliki 70% pegangan saham dalam DNB secara kolektif, atau 14% pegangan saham secara individu. Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memiliki 30% baki pegangan ekuiti dalam DNB dan pegangan Saham Khas.  Setiap MNO yang memeterai perjanjian SSA ini akan menyuntik RM 233 juta ke dalam DNB, yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Pemeteraian SSA ini merupakan suatu pencapaian penting yang dicapai oleh Pasukan Petugas (Task Force) Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia. Pasukan Petugas ini dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), DNB serta pihak MNO. Pasukan Petugas tersebut ditubuhkan pada 9 Mei 2023 dengan objektif utama untuk memastikan kelancaran peralihan daripada model Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network atau SWN) kepada model Dwirangkaian.

Setakat penghujung Oktober 2023, langganan perkhidmatan 5G di Malaysia adalah berjumlah 3.6 juta dengan kadar penerimagunaan pada tahap 10.8 peratus. Bagi meningkatkan kadar penerimagunaan 5G dalam kalangan pengguna, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi telah memperkenalkan Pakej 5G Rahmah bermula Ogos 2023. 

Hubungan Media Digital Nasional Berhad:

Nurul Dayanna Norji
Pengurus, Komunikasi Korporat
dayanna.norji@digital-nasional.com.my

Irwan Abdul Rahman
Ketua, Komunikasi Korporat
irwan.rahman@digital-nasional.com.my

 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”