Berita dan Pandangan 5G

Pengendali Rangkaian 5G Kedua ikut Tata Kelola Pelantikan Vendor - Teo

06 November 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 6 November 2023.

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pengendali rangkaian 5G kedua atau Entiti B akan menjalankan proses sama mengikut tata kelola mereka dalam melantik vendor bagi penyedia perkakasan rangkaian, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Beliau berkata kerajaan kekal dengan pendirian bahawa pemilihan vendor bagi penyediaan perkakasan rangkaian 5G adalah keputusan komersial oleh pihak syarikat penyedia perkhidmatan. 

Langkah serupa digunakan ketika Digital Nasional Bhd (DNB) melaksanakan tender terbuka yang akhirnya dimenangi oleh Ericsson.

"Selaras dengan dasar pasaran yang terbuka, kerajaan tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada pihak syarikat penyedia perkhidmatan dalam pemilihan vendor bagi penyediaan perkakasan  rangkaian mereka," katanya ketika sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung perkembangan terkini berkenaan dasar 5G negara serta penglibatan Huawei dalam pelaksanaan rangkaian 5G.

Sementara itu, Teo menegaskan bahawa operasi DNB masih diteruskan ketika ini meskipun dasar pelaksanaan rangkaian 5G telah beralih kepada dwirangkaian.

Kerajaan turut meneliti dan menimbang dari sudut implikasi kepada DNB dalam membuat keputusan bagi peralihan kepada dwirangkaian 5G, katanya.

"Oleh yang demikian, syarikat Bumiputera yang mempunyai kontrak bersama DNB tidak terkesan dengan peralihan ini dan kerja-kerja di bawah kontrak tersebut masih berjalan seperti biasa," kata Teo.

Beliau menyatakan proses peralihan kepada dwirangkaian berjalan lancar meskipun terdapat beberapa isu yang akhirnya dapat diselesaikan melalui beberapa siri perbincangan yang diadakan bersama semua pihak berkepentingan. 

"Akhirnya, matlamat utama yang ingin dicapai oleh kerajaan ialah penyediaan liputan perkhidmatan 5G yang menyeluruh pada harga yang berpatutan, di samping penerimagunaan teknologi 5G yang meluas dalam kalangan pihak perusahaan," katanya.

-- BERNAMA

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”