Bilik Berita DNB

Perjanjian langganan saham di antara pengendali rangkaian mudah alih dan Digital Nasional Berhad akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

02 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Pemeteraian perjanjian langganan saham (Share Subscription Agreements atau SSA) di antara Pengendali Rangkaian Mudah Alih (Mobile Network Operator atau MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Meskipun SSA ini sudah dimuktamadkan dan sedia untuk dimeterai pada 30 Ogos 2022, dan kesemua enam MNO telah pun memberi pengesahan secara bertulis untuk mengambil pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB), terdapat perubahan keputusan di saat akhir oleh dua MNO (satu daripada dua MNO ini membuat keputusan untuk tidak mengambil pegangan ekuiti dalam DNB, dan satu lagi MNO tidak memberi kata putus). Oleh yang demikian, semakan terhadap dokumen transaksi (SSA dan perjanjian pemegang saham) perlu dibuat bagi empat MNO yang masih terlibat bagi mereka memperolehi kelulusan dalaman daripada syarikat masing-masing.

Proses penyertaan ekuiti ini akan diteruskan bersama dengan empat MNO yang masih berminat untuk memegang ekuiti dalam DNB.

Di samping itu, perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G berjalan secara berasingan dengan kesemua enam MNO.

DNB komited untuk memastikan pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G diteruskan pada jadual yang dipercepatkan. Pada masa kini, liputan 5G telah melebihi 30% liputan di kawasan berpenduduk dan DNB kekal di landasannya bagi mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”