2 Kumpulan Pengurusan Kumpulan Pengurusan

Kumpulan Pengurusan

Datuk Azman Ismail

Datuk Azman Ismail mempunyai kerjaya yang luar biasa selama 36 tahun, di mana beliau telah memegang peranan penting dalam pelbagai sektor. Tugas terakhir beliau sebelum ini adalah bersama PLUS Malaysia Berhad, di mana beliau menerajui usaha transformasi digital dan kelestarian, menjadikan PLUS syarikat sektor lebuh raya pertama di Malaysia yang menandatangani UN Global Compact.

Datuk Ahmad Zaki Zahid

Datuk Zaki mempunyai lebih daripada 28 tahun pengalaman bekerja dalam bidang dasar Kerajaan, strategi, kepimpinan eksekutif, keusahawanan dan hal-ehwal kawal selia. Beliau berpengalaman dalam bidang tadbir urus, kefahaman politik, pengurusan kewangan dan juga hal-hal undang-undang dan kawal selia. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan Knusford Berhad dan QSR Brands dan juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad. Datuk Zaki telah bertugas sebagai Ketua Unit Dasar dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009.

Wan Mohd Zam Wan Embong

Wan Mohd Zam memiliki lebih kurang 30 tahun pengalaman bekerja. Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara sebelum meneruskan kerjaya selaku peguam dalaman syarikat untuk beberapa organisasi. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Perundangan Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd dan McDonald’s Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum menyertai DNB adalah Pengarah Perundangan McDonald's di Singapura di mana beliau menyokong beberapa pasaran antarabangsa.

Ken Tan Tzi Kieng

Ken Tan memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi dan berjaya melaksanakan beberapa Program Transformasi IT dan Rangkaian. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli utama dalam pasukan Kepimpinan Kanan yang melaksanakan Rangkaian Akses Tanpa Wayar Tetap 5G yang pertama di dunia serta Kepimpinan Kelajuan Mudah Alih di Australia. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua/Naib Presiden, Rangkaian Digital di Singtel Optus.

Nik Azlan Nik Abdul Aziz

Nik Azlan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bekerja, terutama dalam industri berkaitan minyak dan gas. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UMW Holding Berhad. Nik Azlan mempunyai pengetahuan luas dalam pembiayaan projek infrastruktur dan kejuruteraan yang besar. Sepanjang kerjayanya, beliau berjaya mengumpul dana untuk perbelanjaan modal dan operasi.

Subscribe to Kumpulan Pengurusan