Bilik Berita DNB

XRHub Mencetuskan Ekosistem Teknologi Imersif Malaysia

14 August 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2023 – Digital Nasional Berhad (DNB), dengan kerjasama dengan Asia Pacific University (APU), Streamline Studios dan Ministry XR baru-baru ini telah menganjurkan sebuah webinar industri yang menghimpunkan syarikat-syarikat terkemuka lain dalam ruang Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Lanjutan (XR) termasuk Universiti Multimedia, Creatinno Tech Solutions, Youniverse Games, Spark Capital Development, Innoveam, Vortex XR Lab dan Syndes Technologies. Kerjasama ini telah membentuk empat aliran kerja (workstreams) yang berbeza dengan setiap satu daripadanya mempunyai kakitangan tersendiri dan objektif yang khusus.

Matlamat utama usaha sama ini adalah untuk memupuk dan menyokong industri aplikasi berasaskan XR yang semakin berkembang dengan unjuran bernilai $1.2 trilion menjelang 2035[1]. XRHub, yang terdiri daripada syarikat-syarikat perisian Malaysia dengan keupayaan Realiti Lanjutan (XR) telah dibentuk dengan tujuan untuk memangkin pertumbuhan syarikat teknologi maklumat (IT) yang mampu membangunkan aplikasi berasaskan XR baharu merentasi pelbagai sektor termasuk Penjagaan Kesihatan, Tenaga, Permainan dan banyak lagi. Inisiatif ini juga merupakan respons terhadap lonjakan permintaan bagi aplikasi berasaskan XR.

Aliran kerja ini menyediakan nasihat dan pandangan berguna berkenaan perkakasan dalam pembangunan aplikasi XR, menjalankan analisis mendalam tentang peluang pasaran dalam pembangunan XR, mewujudkan tapak web XRHub interaktif untuk pertukaran maklumat dan pembangunan komuniti yang lancar, selain menyusun bahan latihan komprehensif yang disesuaikan khusus untuk pembangun perisian VR/AR/XR. Pendekatan berbilang aspek ini dapat memastikan pembangunan secara holistik dan kemajuan bagi teknologi XR.

Semua langkah-langkah ini adalah berikutan kejayaan pelancaran eXtended Realities XRHub pada 7 Jun lalu yang menarik minat lebih 40 peserta daripada industri teknologi. Acara tersebut berfungsi sebagai pemangkin dalam memacu penggunaan teknologi imersif di Malaysia. Teknologi XR, yang merangkumi Realiti Terimbuh (AR), Realiti Maya (VR) dan Realiti Campuran (MR), mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dan mengubah persepsi dan interaksi kita dengan dunia sekeliling.

Teknologi XR kini telahpun mewujudkan impak yang tersendiri merentasi pelbagai sektor seperti permainan, hiburan, tenaga, pembuatan dan penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, teknologi ini memerlukan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dan berlatensi rendah untuk mencapai potensi sepenuhnya. Di sinilah teknologi 5G muncul agar dapat membolehkan penghasilan satu persekitaran yang unik, selain memberikan pengalaman dan mewujudkan interaksi sebagai sebahagian daripada Antara Muka Pengguna.

Johan Krebbers, Ketua Teknologi Baru Muncul di Digital Nasional Berhad berkata, "Sama seperti cara telefon pintar berjaya merevolusikan industri teknologi, XR juga mempunyai potensi untuk membentuk semula dunia kita. Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran ke seluruh Syarikat-syarikat Perisian di Malaysia dan memupuk pembangunan dan keupayaan perisian dalam bidang XR yang semakin pesat membangun, selain memacu pertumbuhan dan inovasi dalam domain ini."

Richard Cheah, Pengarah Urusan Streamline Studios Malaysia, menegaskan bahawa teknologi XR mempunyai potensi untuk merevolusikan industri melangkaui permainan. XR kini menjadi semakin penting dalam kehidupan kita seiring dengan teknologi yang semakin berkembang. Penggunaannya juga semakin pelbagai dalam sektor-sektor berkaitan latihan, penaiktarafan, pemasaran dan perhubungan jarak. Kita hanya memerlukan sedikit lagi masa untuk mengatasi kekangan yang ada sebelum penggunaan XR diterima pakai secara lebih meluas. Andrew Yew, Ketua Pegawai Teknologi XR Ministry, turut menghuraikan tentang manfaat teknologi XR. Menurut beliau, XR meningkatkan lagi integrasi kehidupan seharian dengan menghapuskan keperluan perkakasan dan antara muka yang rumit. Dengan menggabungkan antara muka yang mesra pengguna dan menyampaikan maklumat dengan cara yang jelas dan teratur, komunikasi antara pengguna dan sistem menjadi semakin lancar.

XRHub di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan satu ekosistem yang baik untuk pembangunan perisian dalam sektor teknologi imersif. Matlamatnya adalah untuk syarikat-syarikat Malaysia berjaya memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian imersif. XRHub menyediakan platform untuk seluruh ekosistem berinteraksi selain menjalankan sesi latihan untuk meningkatkan keupayaan pembangunan perisian syarikat tempatan, menggalakkan perkongsian pengetahuan dan mempamerkan perkembangan XR yang boleh dijadikan sebagai contoh. Seterusnya, XRHub ingin sama-sama memupuk kerjasama dan mengguna pakai piawaian antarabangsa dalam mewujudkan sebuah ekosistem berdaya maju yang menyokong dan memelihara pertumbuhan pembangunan perisian di Malaysia.

Mengenai Digital Nasional Berhad (DNB)

Digital Nasional Berhad (DNB) adalah anak syarikat Menteri Kewangan Inc, yang telah diberi mandat untuk untuk membangun dan melancar rangkaian dan infrastruktur 5G Malaysia pada jadual yang dipercepatkan.  DNB akan memiliki, membina dan mengurus rangkaian 5G secara eksklusif, serta menyediakan perkhidmatan 5G secara borong kepada penyedia perkhidmatan berlesen.  Ia juga menyediakan perkhidmatan infrastruktur dan teknologi untuk menyokong dan meningkatkan perniagaan dan keupayaan kerajaan. DNB dilesenkan sebagai pengendali telekomunikasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sila layari www.digital-nasional.com.my untuk maklumat lanjut. 

Hubungan Media Digital Nasional Berhad:

Nurul Dayanna Norji
Pengurus, Komunikasi Korporat
dayanna.norji@digital-nasional.com.my

Irwan Abdul Rahman
Ketua, Komunikasi Korporat
irwan.rahman@digital-nasional.com.my

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”