Berita dan Pandangan 5G

YES mohon lebih banyak insentif percepat rangkaian 5G

03 October 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Sinar Harian, 21 September 2022.

YTL Communications Sdn Bhd (YES) memohon kerajaan untuk mempertimbangkan pengenalan lebih banyak insentif di bawah Bajet 2023 bagi mempercepatkan penggunaan rangkaian 5G di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YES, Wing K Lee berkata, rebat cukai yang disasarkan kepada pengguna mampu mendorong pemilikan peranti 5G, sementara penawaran insentif kepada perniagaan bagi penggunaan 5G boleh meningkatkan pendigitalan ekonomi.

Selain itu, untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangkaian 5G, Lee mencadangkan agar agensi dan entiti kerajaan juga perlu diberi peruntukan atau dana untuk menerima pakai 5G.

"Daripada 30 peratus liputan penduduk hari ini, kami menjangkakan liputan 5G akan mencapai 40 peratus menjelang akhir 2022, dan berkembang secara meluas pada 2023 ke arah mencapai sasaran pada 80 peratus menjelang 2024.

"Berdasarkan trajektori ini, kami yakin penggunaan 5G secara arus perdana akan bermula pada 2023, dan 5G digunakan merentasi semua sektor ekonomi," katanya kepada Bernama di sini.

Lee menganggap bahawa rangkaian 5G akan mewujudkan platform untuk pembangunan yang mampan.

"Kami teruja untuk menerajui dan menjadi yang pertama melancarkan 5G di Malaysia serta komited untuk menyampaikan visi 5G kami dalam melaksanakan ekonomi digital untuk semua," katanya.

Pandangan Lee turut disokong oleh penganalisis utama GlobalData Alfie Amir yang menekankan bahawa Bajet 2023 harus menumpukan kepada mempercepatkan penggunaan 5G untuk memacu ekonomi negara dengan mendayakan aplikasi baharu kepada pengguna dan perusahaan.

Beliau berkata, ini boleh membuka jalan untuk realiti gabungan robot dan kenderaan autonomi serta menarik syarikat teknologi global untuk melabur di negara ini dan bekerjasama dengan pemain tempatan.

"Selain itu, teknologi itu juga boleh membantu kerajaan merapatkan jurang digital melalui perkhidmatan akses wayarles tetap di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan," katanya.

Alfie Amir menyatakan bahawa GlobalData’s Malaysia Telecom Forecast menganggarkan penggunaan 5G akan menyumbang 6 peratus daripada jumlah langganan mudah alih menjelang akhir tahun 2023.

"5G akan memacu inovasi perkhidmatan syarikat telekomunikasi dan membolehkan pelbagai aplikasi baharu untuk kedua-dua segmen pengguna dan perusahaan," tambahnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa awal bulan ini berkata, kerajaan akan memastikan pelaksanaan perkhidmatan rangkaian mudah alih 5G berjalan mengikut perancangan.

Empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO), iaitu YES, Celcom Axiata Bhd, Digi.com Bhd, dan Telekom Malaysia Bhd (TM) telah bersetuju untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia. - Bernama

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”