Berita dan Pandangan 5G

5G: Kerajaan kekal pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal

17 March 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Astro Awani, 16 Mac 2022.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) serta membuka pegangan saham sehingga 70 peratus dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pengekalan model SWN merupakan pendirian tegas kerajaan terhadap kesinambungan dasar di Malaysia.

“Ia juga melambangkan model perkongsian awam-swasta Malaysia yang kukuh, serta eksistem pembiayaan sektor swasta yang mantap, yang secara keseluruhan akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” kata Tengku Zafrul.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanan model tersebut turut memastikan agar tiada kesan kewangan tambahan ke atas kontrak sebelum ini.

“Selain itu, pelaksanaan model SWN ini akan memastikan tiada implikasi kewangan tambahan ke atas kontrak yang telah termeterai dengan penyedia perkakasan rangkaian yang dilantik iaitu Ericsson (Malaysia) Sdn. Bhd. yang telah merangka pelan pelaksanaan dengan mengoptimumkan kerja kontrak dan perkhidmatan bagi vendor tempatan, dengan anggaran 61 peratus daripadanya dapat memanfaatkan kepentingan Bumiputera," katanya.

“Pendekatan perkongsian awam-swasta Keluarga Malaysia ini juga akan memudahkan DNB mencapai sasarannya untuk meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk negara menjelang 2024, di mana 5G akan dibekalkan pada harga borong kurang daripada RM0.20 setiap Gigabait (GB), lebih rendah daripada kos semasa untuk menghasilkan 4G,” tambah Tengku Zafrul.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul turut bahawa DNB disusun semula dengan membuka pegangan sahamnya sehingga 70 peratus oleh semua syarikat telekomunikasi yang mempunyai pengalaman mengendalikan spektrum di negara ini.

“Pemilikan, nilai ekuiti dan aspek lain berkaitan cadangan penyertaan ekuiti ini adalah tertakluk
kepada rundingan antara DNB dan syarikat-syarikat telekomunikasi, di mana perjanjian disasarkan untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat," ujarnya lagi.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”