Berita dan Pandangan 5G

5G untuk bandar Sibu tahun depan

02 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Harian Metro, 30 November 2022.

Sibu: Bandar Sibu akan menikmati sambungan internet yang pantas apabila pemasangan 88 menara 5G siap tahun depan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) Clarence Ting Ing Horh berkata, pemasangan menara itu akan dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Beliau berkata SMC mengeluarkan surat sokongan kepada DNB untuk memasang menara berkenan yang berukuran tidak lebih daripada tiang lampu rumah biasa.

"Ia bukan menara setinggi 60 kaki (18 meter). Ia kecil seperti tiang lampu rumah. Mereka akan memasangnya di atas kawasan tanah SMC," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat majlis penuh SMC di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan menara 5G sebelum ini agak perlahan berikutan bantahan daripada orang ramai kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan milik individu, dan bantahan turut berlaku di bahagian lain di Sarawak, yang mengakibatkan sambungan 5G buat penduduk negeri menjadi agak lewat.

Sementara itu, Ting berkata, mulai tahun depan SMC akan mula mengeluarkan kompaun terhadap pengusaha makanan di Sibu yang didapati membuang minyak masak terpakai ke dalam longkang.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu didapati mengakibatkan longkang di beberapa tempat sekitar bandar tersumbat, dan pihaknya terpaksa melakukan pembersihan lima hingga enam kali seminggu, yang menurutnya tidak wajar berlaku.

Beliau yang menganggap situasi itu sebagai penyalahgunaan oleh pengusaha makanan, Ting berkata beliau akan menyokong penuh apa jua tindakan yang akan diambil terhadap mereka oleh unit penguatkuasaan SMC.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”