Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
16 June 2022
Digital Nasional Berhad (DNB) telah dimaklumkan tentang kewujudan seorang perekrut palsu yang bertindak sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia yang mendakwa mewakili “Digital Nasional IT Berhad” dan menghantar e-mel kepada calon yang berpotensi untuk mengisi jawatan di ‘pejabat DNB di Cyberjaya’. Ini adalah palsu dan tidak berkaitan dengan DNB atau proses pengambilan pekerja DNB secara lazimnya.
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA DNB tidak pernah membenarkan mana-mana individu bernama “Haziq Luqman” untuk bertindak bagi pihaknya dalam apa jua kapasiti. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengendahkan sebarang surat, permintaan, emel atau mesej dari pihak yang tidak disahkan atau mencurigakan yang membuat dakwaan bahawa mereka bertindak bagi pihak DNB. Ini adalah untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa atau terlibat dalam mana-mana aktiviti penipuan.
Orang awam digalakkan untuk menghubungi DNB di info@digital-nasional.com.my untuk membuat sebarang pengesahan mengenai apa sahaja bentuk komunikasi yang kononnya berkaitan atau berasal daripada DNB.
Terima Kasih
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami